Santai 05 Oct, 2019

KITA TAK LAHIR JADI ORANG BAIK, TAPI PERLU USAHA JADI BAIK

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Kongsi minda bersih jiwa.

Renungan.

Hidup hanya sekali

Kita tidak lahir jadi orang baik

Sedih keseorangan?

Pandai-pandailah bawa diri.

Keseorangan bukan berarti kesepian, dan kesepian bukan berarti keseorangan .

Kita hanya hidup sekali, tapi jika hidup dengan cara yang benar, sekali itu sudah sangat cukup bermakna.

Dalam apapun keadaan, kita tetap kita,

Kadang-kadang orang hanya tengok luaran, tidak dalaman. Tidak dalam apa yang mereka fikir, tapi adalah apa yang mereka nampak.

Itu yang salahnya dengan manusia. Persepsi ini perlu diubah.

Harus lebih positif.

Hidup bukanlah tentang menemukan diri kita tetapi tentang mencari siapakah diri kita yang sebenar.

Setiap perkara dalam hidup kita akan berubah. Sahabat dan keluarga datang dan pergi. Namun hidup tidak berhenti.

Kita tidak dilahirkan menjadi orang baik atau buruk. Tetapi lahir dengan nawaitu untuk menjadi orang baik, tetapi cara hidup yang dilalui mencorak perjalanannya.

Apabila telah memilih untuk terus hidup, maka hendaklah kita kuat menghadapi apa pun cabaran yang datang.

Jangan peduli apa orang hendak kata, peduli apa yang Allah perintah.

Kerana sebuah kehidupan yang dihabiskan dengan membuat kesalahan lebih berguna daripada hidup dihabiskan dengan tidak melakukan apa-apa.

Melalui kesilapan, kita belajar menjadi lebih matang, lebih menghargai hidup.

Hidup adalah untuk dinikmati, bukan untuk sekadar dilalui.

Dan apabila seseorang berusaha menjauhi hidup kita, biarkanlah. Tindakannya mungkin akan membuka pintu bagi seseorang yang lebih baik untuk masuk sebagai sahabat yang boleh mengajak kita ke syurga.

Kiriman Allah adalah yang terbaik.

Ingatlah..

Jangan pernah salahkan diri kita dalam apa juga perkara yang berlaku. Jika tidak selesa dengan hidup, perbaiki apa yg salah, dan teruslah melangkah.

Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk tentang kita, karena merekalah antara perkara yang membuat kita semakin kuat setiap hari.

Pada masa sama, jangan ambil mudah akan masalah, karena ada masa masalah itu adalah pendorong utama kenapa kita perlu terus hidup.

❤️🌹 Jangan seperti mutiara di antara pasir pasir di pantai... Cantik tapi terbiar.. . Apabila dibadai ombak, pantai berubah, ia turut hilang dari pandangan. ❤️🌹

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago