SIAPA yang tak kenal dengan buah rambutan? Sejenis buah yang memiliki ciri khas rambut pada kulitnya dan biasanya dijadikan pencuci mulut selepas makan. : KitaReporter.com
RAMBUTAN adalah sejenis buah-buahan tempatan yang masak mengikut musim.
Buah rambutan atau nama latin Nephelium lappaceum, buah yang khas dengan rambutnya ini merupakan buah asli berasal Asia Tenggara. Jika diamati rambutan menyerupai seperti buah laici.
Namun bagi
penduduk Asia, rambutan adalah buah-buahan tempatan yang masak mengikut musim.
Baru-baru ini tular apabila seorang remaja bernama Gavin Smith dari Amerika (https://www.tiktok.com/@hommiepen) memuat naik video makan buah rambutan menerusi The Douyin, platform perkongsian video.
Bagaimanapun
remaja yang dilahirkan di New York itu tidak mengenali buah tropika
berkenaan sehingga menyukarkan dia mengupas buah tersebut.
REMAJA berkenaan menggunakan pisau mengupas buah untuk mengopek buah rambutan.
Lebih
mencuit hati dia menggunakan pisau pengupas buah untuk mengupas kulit rambutan.
Terdahulu remaja
yang menggunakan nama @hommiepen meletakkan tiga biji buah rambutan dilantai
dan mungkin kelihatan pelik dengan buah yang jarang ditemui berkenaan menyebabkan
dia menggunakan pisau.
Dia kemudian menggunakan pisau pengupas buah dan memulakan 'operasi' dengan membuang bulu-bulu di sekeliling sebelum membelah untuk memperoleh buah rambutan
Bagaimanpun,
mungkin kerana tidak pernah melihat buah rambutan sebelum ini, remaja berkenaan
membelah buah berkenaan dari bahagian tengah sehingga terbahagi kepada dua dan
menampakkan biji buah rambutan.
BUAH rambutan mempunyai nama latin Nephelium lappaceum, buah yang khas dengan rambutnya ini merupakan buah asli berasal Asia Tenggara.
Malah remaja
turut menyuarakan dengan menyatakan susahnya untuk membuka buah berkenaan.
“Ini sedikit
payah untuk membelah buah rambutan,’’ katanya.
Perkongsian berkenaan
di laman sosial itu membuatkan ramai netizen memberi reaksi dengan menyatakan
itu adalah buah rambutan, sejenis buah yang berasal dari Malaysia.
Seorang
netizen memberi reaksi dengan menyatakan cara membuka rambutan itu menggunakan
kaedah yang salah.
"Ini rambutan, buah dari Malaysia, bukan
cara yang betul untuk mengupas, tetapi tidak penting. Ingatlah untuk makan buah
rambutan yang betul adalah menggunakan tangan, tapi jangan tersalah makan biji,”
kata seorang netizen.
Rambutan adalah buahan tropika dan menjadi kegemaran rakyat di Malaysia, dan penduduk Asia Tenggara namun asing kepada penduduk asing.
https://www.tiktok.com/@hommiepen/video/6765479430203788549
https://www.tiktok.com/@hommiepen/video/6765940181527776517
Jom kita saksikan remaja ini mengupas rambutan yang disaksikan lebih 21,000 penonton. - KitaReporters.com