DULU setiap pagi, stesen radio SinarFM kecuh dengan gelagat Raja Azura @ Kak Engku mengusik rakan sekontinya, Salih Yaakob dalam slot Sinar Pagi dengan macam-macam isu termasuklah kisah dengan watak sebagai Abang Jem. Ha... baru-baru ini, penulis berpeluang bertemu dengan Abang Jem yang sebenar. : KitaReporters.com
Salih Yaakob dan Adi Fashla ucap selamat tinggai pada Sinar FM. - Gambar koleksi peribadi ADI FASHLA
Abang Jam yang ditemui pada 5 Februari 2020 itu tidaklah selembut suara Salih ketika berbual di radio, tetapi Abang Jem memang pakar sebagai jurulatih, pelawak, penyanyi dan pengacara bebas.
Cuma difahamkan karakter suara lembut itu Salih pinjam daripada rakan anggota tentera lain yang jadi jurumekap mereka.
Jamaluddin Mat, 67, @ Abang Jem ditemui penuliis ketika dia datang menemui seorang saudaranya di Kundang selepas menghadiri ceramah oleh Ustaz Abdul Somad yang dihadiri artis-artis veteran di surau An-Nur Country Height, Kajang, Selangor pada Khamis, 5 Februari 2020.
Abang Jem terkejut apabila Salih Yaakob menggunakan namanya dan terus popular.
Dia bangga kerana Salih masih mengingatinya walaupun sudah lama berpisah bila Salih berhenti tentera dan muncul di radio, menggunakan namanya.
Tiba-tiba suatu pagi nama Abang Jem muncul di ruang udara dan orang yang menggunakan nama itu, tidak lain ialah Salih, sekali gus mengangkat dua-dua tu sebagai ikon pelawak.
Cuma pendengar dan penonton ingat watak Abang Jem itu sengaja direka-reka.
Jamaluddin Mat atau Abang Jem.
Sebenarnya Abang Jem dan Salih sama-sama menggangotai Badan Kesenian Tentera Darat sebagai penari, penyanyi, pelawak, pengacara.
Salih berhenti kerja tentera, manakala Abang Jem terus berkhidmat dan bersara sebagai jurulatih tentera dengan jawatan terakhir Pegawai Waran II berpangkat Kompani Sarjan Mejar (KSM).
"Abang bangga Salih guna nama Abang Jem.
"Walaupun Salih menamatkan kontrak dengan tentera dan membabitkan diri dalam dunia filem, tapi saya masih bekerja dengan kerajaan dan bersara pada 2005." katanya.
Abang Jem menghabiskan 24 tahun usia dalam badan kesenian tentera dan sepanjang tempoh itu, dia berpeluang melawat negara Asia, Eropah dan Amerika mempromosikan kebudayaan negara.
"Kami ditugaskan menyanyikan lagu-lagu tradsional dan menari tarian zapin, inang dan joget rampaian.
"Dua negara paling menarik adalah Jepun dan Amerika. Jepun kerana negara itu bersih dan aman. Cuma makanan yang jadi masalah," katanya.
Kini Abang Jem terbabit mempromosikan Ekspo Jom Niaga Johor dengan membuat persembahan lawak dan nyanyian di 11 tempat di negeri itu termasuk Muar, Tangkak dan Pontian.
Dia terbabit sebagai urus setia, pegawai informasi dan menyelia lima booth artis tempatan untuk menjual produk mereka.
Abang Jam bersama penulis, Kartini Mohd Noor.
Mengingatkan penglibatannya dalam dunia seni, Abang Jem adalah penari dalam kumpulan Suasana Company pimpinan Datin Azanen Ahmad dan Thrawat Ismail yang kerap mengadakan persembahan di Eropah.
Abang Jem lebih banyak terlibat dengan program di RTM seperti Hiburan Malam Minggu, Puspawarna, Taman Hiburan Minggu ini, Kuiz Sendaloka Singer dan Tekaria.
Jika tahun 90-an dulu, Abang Jem adalah watak Angah, Achik dalam program Along.
Selain itu, dia juga membintangi program Da Di Du dan Hang Setia.
Bapa 3 anak, 5 cucu ini turut menabur jasa sebagai jurulatih tarian di Bakti, Pekerti, Bakat dan pertubuhan bukan kerajaan lain serta aktif melatih badan Putera Puteri.
Kini dia masih bertugas sebagai pengacara bebas.
Penerima anugerah Pingat Jasa Malaysia (PJM) daripada Kerajaan Malaysia itu masih menaruh harapan agar ada pihak dapat memakbulkan hasratnya untuk menunaikan umrah.
Abang Jam boleh dihubungi melalui talian 017-2538508 untuk tempahan pengacara dan tawaran untuk membintangi drama atau program di televisyen. - KitaReporters.com