Santai 14 Feb, 2020

[VIDEO] TOLONG!! MACAM MANA NAK TURUN NI?

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
SEBAGAI ibu bapa kita semua sering digembirakan dengan segala perkembangan yang dipaparkan oleh anak kita sejak hari pertama dilahirkan. Setiap hari pasti ada sahaja proses pembesaran dilihat dari penerokaan mereka yang sangat memberangsangkan. : KitaReporters.com

Baru-baru ini seorang pengguna FB telah berkongsikan kisah anak lelakinya yang sangat lucu. 

"Saya pula kena siapkan wiring rumah sebab tak lama lagi nak berpindah. Anak bujang seorang ni nak masuk 2 tahun, terpaksa saya jaga."

Katanya, semasa melakukan wiring, beliau sedar bahawa anaknya itu sedang tidur.

Menurut Mohd Safuddin Mohd Shawal, pada waktu itu beliau sedang melakukan kerja-kerja wiring tanpa menyedari anaknya telah menolak tangga ke belakang.

Ini menyebabkan beliau tidak boleh turun dan perlu mencari cara lain agar dapat  turun. 

Kisahnya, isterinya bersalin anak kedua dan masih berada dia wad menyebabkan beliau perlu membawa anaknya yang sulung.


"Saya pula teruskan kerja dan tak terfikir yang dia boleh tolakk tangga tu ke belakang sebab dia nak panjat main air di singki.

"Kebetulan telefon ketika itu berada di tangan sebab nak menggunakan lampu suluh. 

"Semasa hendak turun, tiba-tiba tangga sudah hilang."

Pada waktu itu, beliau memikirkan cara untuk turun ke bawah.


"Nak terjun tak boleh sebab lubang siling kecil. Nak bergayut terjun tu mustahil.

"Jalan penyelesaian, saya lalu bumbung dan lompat di parking kereta.

"Bersabarlah dengan kerenah anak. Pernah lepak luar rumah anak kunci pintu. 

"Suruh ambil anak gelak-gelak.. last pakai batang penyapu jatuhkan kunci dari dinding. Baru anak faham ambil kunci."

Kadang-kadang perkara yang berlaku, bukanlah sangat sebagai sebab untuk memarahi anak, tapi sebagai satu kenangan manis untuk dikongsi bersama anak pada satu hari nanti.

So, ayah-ayah .. bila anak buat karenah, ingatlah kisah lucu ini dan sabar je la... - KitaReporters.com

0
4
0
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago