Santai 23 Feb, 2020

IG KENA GODAM, 'LIKE' SEMULA @AKUAMYSEARCH

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
GOLONGAN terkenal sering menjadi mangsa digodam media sosial mereka. Terbaharu dialami penyanyi rock, Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman, 61. : KitaReporters.com

Foto Amy Search yang dimuat dalam laman IG terbaharu yang dilancar 21 Februari 2020.

Amy Search berputih mata apabila Instagram (IG) miliknya @Akuamysearch digodam selepas mengumpul lebih 600,000 pengikut sejak mengaktifkan akaun media sosialnya itu beberapa tahun lalu.

Lebih menyedihkan, koleksi foto dan video yang dimuat naik dalam akaun itu, lenyap begitu sahaja.

Amy menyedari kejadian itu, subuh Jumaat, 21 Februari 2020 dan tidak menduga nasibnya sama seperti akaun media sosial selebriti lain yang pernah digodam.

"Jika selama ini, saya hanya membaca dan melihat teman artis melalui pengalaman sama, kali ini, giliran saya pula.

"Nampaknya, saya kena bermula dari langkah pertama. Sebelum ini, pengikut saya sudah lebih 600,000 orang. Bukan mudah hendak mencapai angka itu. 

"Saya reda. Selama ini, media sosial seperti IG menjadi ruang buat saya mendekatkan diri dengan peminat dan mencari rezeki melalui promosi produk," katanya.

Sebagai artis senior, Amy tidak mahu ketinggalan memanfaatkan media sosial dan platform komunikasi lain untuk berhubung dengan peminat.

"Saya percaya media sosial termasuk IG mempunyai manfaat sendiri jika diguna dengan baik. Usia bukan halangan untuk kita menggunakan kemudahan ini," katanya.

Amy mengaku sedih banyak kenangan dalam akaun IG itu lesap.

"Soal pengikut kita boleh kumpul balik. Tapi, foto dan video yang saya simpan hilang. Itu yang menyedihkan," kata Amy.

Amy tanpa membuang masa membuka akaun baharu dengan mengekalkan nama @akuamysearch dan mula mengumpul peminat.

Sehingga jam 7 malam Sabtu, 22 Februari 2020, akaun baru @Akuamysearch (https://www.instagram.com/akuamysearch/) sudah mempunyai 1,172 pengikut.

Halaman barunya baru dimuat tiga video dan dua foto. 

Salah satu video menunjukkan ketibaan Amy ke lapangan terbang Bandung, Indonesia. - KitaReporters.com

You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Zuhayati Yazid in Santai 11 months ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 11 months ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 11 months ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias in Santai 11 months ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 11 months ago