Santai 09 Jan, 2020

TERBAIK!! MANGSA KEBAKARAN AUSSIE DIBANTU

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
MUSIBAH atau bencana selalu menjadi elemen penting dalam penyatuan masyarakat, baik pada peringkat setempat atau yang lebih besar, sebuah negara. Kebakaran di Australia baru-baru ini, menggerakkan sekumpulan penduduk Islam dan masyarakat Sikh di negara tersebut tampil memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa musibah berkenaan. : KitaReporters.com

Sukarelawan AIC saat menyajikan makanan, termasuk BBQ, bagi para pemadam kebakaran dan mangsa. - Foto Facebook Australian Islamic Centre


Sejumlah komuniti minoritI, termasuk sekumpulan Muslim di Melbourne mengunjungi mangsa kebakaran hutan Australia dengan memberikan bantuan barangan dan menyajikan makanan.

Sukarelawan dari masjid Australian Islamic Centre (AIC) di kawasan Newport dalam waktu singkat berjaya  mengumpulkan sejumlah makanan dan wang untuk mangsa kebakaran.

Semuanya bermula dari laporan yang dilihat di sejumlah media soal teruknya kebakaran di negeri Victoria, yang hingga mencapai East Gippsland.

"Kami kemudian menghubungi Melbourne Fire Brigade (MFB) dan bertanya apa yang boleh kami bantu," kata Lookman El Kurdi dari AIC.

Setelah dijelaskan dengan keadaan ketika itu, AIC langsung mengundang komuniti Melbourne untuk memberikan sumbangan keperluan hidup asas  seperti air minum,  lampin dan sebagainya.

Komuniti Muslim dari AIC mengatakan mereka memandu kira-kira empat jam dari Melbourne ke Johnsonville. - Foto ABC News/Karen Percy.
Seramai 40 sukarelawan kemudian berangkat ke kawasan Johnsonville, di mana mereka membuat  BBQ untuk dinikmati lebih daripada 100 pemadam kebakaran, serta penduduk setempat.

Selesai menikmati daging bakar, petugas pemadam kebakaran dari MFB lalu membawa sukarelawan membahagi-bahagikan sumbangan ke tempat yang berbeza-beza.

"Benar-benar sangat sedih melihatnya, ada antara kami yang menangis melihat orang kehilangan tempat tinggalnya," kata Lookman.

Sukarelawan dari Sikh Volunteers Australia mengatakan mereka tinggal sementara di Bairnsdale. - Foto Facebook, Sikh Volunteers Australia.

Di Bairnsdale, tidak jauh dari Johnsonville, sekumpulan sukarelawan dari komuniti agama Sikh dari India pula melakukan perkara yang sama, dengan menyajikan makanan segar bagi para mangsa  dan pemadam kebakaran.

"Saat ke sini, kita sedar bahawa bukan hanya makanan, tetapi mereka juga perlu sokongan moral," kata Jafwinder Singh dari Sikh Volunteers Australia.

"Kita melihat banyak antara mereka yang kehilangan harta benda, haiwan ternak, sehingga yang diperlukan  adalah pemberian keselesaan," katanya kepada ABC.

Sehari setelah Tahun Baharu 2020, ketika Premier Daniel Andrews, pemimpin negeri Victoria, mengunjungi Bairnsdale, dia sempat bertemu dengan sukarelawan Sikh.

Komuniti Sikh mengatakan mereka menyajikan makanan segar dari dapur yang ada di Bairnsdale dan mereka berada di sana hingga hujung minggu lalu (5/1/2020) apabila situasi kembali normal.

Andrews telah mengajak warga yang ingin menyumbang untuk tidak lagi memberikan makanan atau pakaian.

Dia justeru meminta agar warga lebih memilih menyumbangkan wang, meskipun harus waspada dengan banyak modus penipuan yang mengunakan nama mangsa kebakaran.

Lookman dari AIC mengatakan komunitinya memang selalu berkerjasama dengan pihak berkuasa sebelum menyalurkan bantuan, agar tidak menganggu kegiatan pemadaman dan perkhidmatan lainnya.

ABC Indonesia berbual dengan Lookman ketika masjid AIC sedang mengadakan solat memohon hujan, pada Isnin malam (6/1/1/2020) lalu.

Acara yang diadakan  setelah solat maghrib tersebut juga dihadiri Collin Campbell, pegawai perhubungan masyarakat dari MFB.

Dia berharap komuniti yang pelbagai di Melbourne akan terus menunjukkan sokongan kepada mangsa, terutama setelah kebakaran selesai.  - KitaReporters.com

Lookman El Kurdi (kiri) bersama Imam dari masjid Australian Islamic Centre, dan Collin Campbell - Foto ABC News/Erwin Renaldi.

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago