Santai 23 Feb, 2020

BEST!! TERJUN SELUT, BERKUBANG TANGKAP IKAN

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: ainalmarhaton63@gmail.com

Share this
"BESTNYA dapat berkubang dalam selut... berlemoih habis! Lagi seronok berjaya pulak tangkap ikan! Mak tak marah ke?" Bermain di kawasan sawah padi pastinya meninggalkan kenangan paling manis kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama bagi yang pertama kali dapat berbuat demikian. : KitaReporters.com

Mula-mula geli nak jejak kaki dalam selut tetapi akhirnya bertukar menjadi seronok pula

Keseronokan berkubang dalam sawah padi yang penuh selut, berkejaran sambil menangkap ikan, jatuh dan berguling bersekali dengan pakaian yang sudah 'tiada rupa' tidak lagi dihiraukan. 

Bak kata kata orang.. selut dan lumpur berpisah tiada! Baju dan seluar bertukar warna pun dah tak kisah. Janji bahagia!!

Apa yang penting, mereka dapat melakukan sesuatu yang baharu yang tidak pernah dibuat sebelumnya. 

Pastinya perasaan geli, kotor terbit dalam hati, tetapi kalau tidak dicuba mana nak dapat pengalaman. 

Lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak pernah melihat sawah padi! 

Pastinya nak tahu bagaimana keadaan sebenar di sawah padi. Dan apa yang terjadi kalau masuk dalam kawasan tanaman padi. 

 Wajah-wajah penat tetapi seronok kerana dapat melakukan aktiviti yang jarang dilakukan bersama rakan sekolah

Masing-masing berusaha menangkap ikan dalam selut di sawah padi ketika mengikuti kem kepimpinan pengawas


Itulah yang dirasai oleh 117 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut ketika menyertai Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah di kawasan sawah ladi di Kampung Gintong, Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Bagi Izyan Inani Roslan, 12, suasana riuh rendah, gelak ketawa dan pelbagai gelagat untuk menangkap ikan yang licin begitu seronok. 

“Saya bangun awal hari ini untuk menyertai  program ini dan tidak sabar terjun ke dalam sawah padi bersama  peserta lain sebaik saja guru memberi kebenaran. 

“Lima minit pertama sukar menangkap ikan kerana peserta masih gembira  dan teruja dapat ‘berkubang’ dalam selut, pengalaman yang tidak pernah difikirkan sebelum ini," katanya. 

Muhamad Naqib Najmuddin Zainol, 12, pula berkata, dia tidak pernah bermain di kawasan sawah padi sebaliknya hanya melihat dari jauh sahaja.

"Pada mulanya saya takut, tetapi tidak lama kemudian jadi seronok pula kerana saya tidak pernah bermain kotor dan kawasan berlumpur seperti ini.

"Walaupun badan dipenuhi selut dan lumpur, malah nampak mata sahaja tetapi ia begitu seronok  dan pengalaman yang tidak dapat saya dilupakan," katanya.

Jelas tergambar pada wajah masing-masing yang seronok dapat pengalaman baru berkubang dalam sawah padi sambil belajar menangkap ikan

Seronok murid ni dapat tangkap ikan

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah berkenaan, Ahmad Rezuan Mohamed Udin berkata, 

murid sekarang tidak dapat lagi menikmati suasana itu dan pengalaman pertama ini sudah pasti begitu menyeronokkan mereka. 

'Selain menangkap ikan dalam sawah, mereka juga berkesempatan mandi dalam tali air dan makan ikan yang 

ditangkap sendiri. 

“Kita hendak eratkan hubungan antara murid secara tidak langsung  serta mewujudkan semangat kerjasama  dalam kumpulan ketika melakukan aktiviti berkenaan.

"Wajah keriangan dan gelagat lucu mereka sangat jelas terbayang. 

"Sambil tersenyum lebar, mereka menunjukkan beberapa ekor ikan yang berjaya ditangkap," katanya. - Kitareporters.com

2
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago