Santai 22 Feb, 2020

SHARE THE JOY TANPA KIRA BEZA AGAMA, BANGSA

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada [email protected] & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada [email protected]

Share this
PROGRAM Share the Joy anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) raikan kegembiraan dengan berkongsi rezeki bersama penghuni pusat jagaan Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang (PKIK) di Kajang, Selangor sempena sambutan Tahun Baharu Cina. : KitaReporters.com

Chuah Swan Im, Koordinator Program pusat jagaan Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang (PKIK), di Kajang, Selangor bersama Ameera Aqilla Zahar, Penolong Pegawai Bahagian Program Islamic Relief Malaysia bergambar untuk sesi penyerahan barangan bantuan pada 5 Februari 2020. - Foto IRM


Fokus bantuan merangkumi “display chiller”, barangan mandian, kit kebersihan dan barangan keperluan dapur seperti bawang, kentang, kekacang, jem, susu pekat serta pelbagai lagi.

Ini bukan kali pertama Islamic Relief Malaysia menyantuni penghuni PKIK, hubungan baik ini telah mula terjalin sejak 10 tahun yang lalu. 

Menurut Koordinator Program PKIK, Chuah Swan Im, Islamic Relief Malaysia merupakan NGO Islam pertama yang hadir menyantuni penghuni di pusat tersebut.

“Program Share the Joy merupakan acara tahunan yang dijalankan selari dengan misi kemanusiaan Islamic Relief Malaysia dalam menyantuni penerima manfaat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan warna kulit.

“Ia juga salah satu cara dalam memastikan amanah dan tanggungjawab sosial yang digalas dapat disalurkan kepada penerima manfaat secara menyeluruh agar mereka terus disantuni dan mendapat perhatian masyarakat sekeliling,” kata Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia.

Pendekatan ini turut dilihat sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030) yang mahu memastikan tiada lapisan masyarakat merasa terpinggir.

Kakitangan Islamic Relief Malaysia bersama salah seorang penghuni Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang bagi kelas dewasa. - Foto IRM


Meskipun PKIK berada di kawasan rumah kedai, namun ia lengkap dengan pelbagai kemudahan serta alat bantu mengajar yang bagus. Pusat ini telah berjaya menabur bakti kepada kanak-kanak istimewa juga keluarga mereka yang datang dari kalangan masyarakat Cina, India dan Melayu sejak 25 tahun lalu.

“Objektif utama kami dalam mendidik anak-anak di sini adalah untuk memastikan bahawa mereka dapat belajar berdikari serta merasai nikmat hidup seperti anak normal yang lain.

“Terima kasih kerana sedar kewujudan kami di sini. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan kerana kami sangat-sangat memerlukannya. 

"Teruskanlah kerja-kerja kebajikan yang kamu semua jalankan, saya selalu percaya kerja kebajikan mampu memberi kebahagian kepada diri kita,” kata Chuah Swan Im, Koordinator Program PKIK.

Diharapkan platform sebegini dapat terus memberi impak positif kepada semua pihak dalam konteks mewujudkan suasana harmoni dikalangan masyarakat majmuk yang merangkumi pelbagai kaum. - KitaReporters.com

Kakitangan Islamic Relief Malaysia bergambar bersama warga Pusat jagaan Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang (PKIK), Selangor. - Foto IRM

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago