Santai 09 Mar, 2020

'ORANG KAYA' KENA SAMA 'PEKA' PULIHARA RIMBA

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Syarikat pembuat jam tangan berjenama, TWI Watches menyasarkan pembukaan 30 cawangan di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini, sekali gus menambah keahlian Richlist Club Malaysia (RCM) sehingga lima kali ganda dari 80 keanggotaan tersedia. : KitaReporters

Majlis menandatangani MoU antara Peter Chen (tiga dari kiri) dan Diana Loo disaksikan oleh (dari kiri) Louis Loi dan Dr. Shariffa Sabrina serta Che Nazz (dua dari kanan) bersama Uzir yang berlangsung di TWI Watches, Viva Home Shopping Mall, Kuala Lumpur pada 3 Mac 2020.


Mengumumkan demikian, Presiden RCM, Diana Loo menambah kata, setiap keanggotaan baharu yang memohon menjadi ahli kelab gaya hidup mewah itu, 10% daripada hasil kutipan keahlian akan diserahkan kepada Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia atau ringkasnya PEKA.

“Kami mempunyai tiga kategori keahlian dengan yuran RM30,000, RM300,000 serta RM1 juta hingga RM3 juta,” ujar Diana kepada media selepas majlis menandatangan Memorandum Persefahaman RCM bersama Maxi Wise Sdn Bhd yang berlangsung di TWI Watches Clubhouse Asia Pacific Region di Viva Home Shopping Mall, Kuala Lumpur pada  Selasa, 3 Mac 2020.

Turut hadir Presiden PEKA, Toh Puan Dr. Shariffa Sabrina Syed Akil bersama Naib Presiden RCM, Datin Louis Loi; Uzir Abdul Samad selaku Penasihan Kelab RCM; Peter Chen, Penasihat jenama TWI Watches (Rantau Asia Pasifik) dan Che Nazz, pengasas platform Lawwa.asia.



Bercerita lanjut, Diana (kanan) memberitahu, RCM yang ketika ini mempunyai 80 anggota keahlian di Malaysia berharap dapat menambah keahlian sehingga 3 hingga 5 kali ganda serta pembukaan 30 lagi cawangan TWI seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Di China, kami mempunyai kira-kira 60,000 ahli berdaftar dan berharap dengan pengenalannya di Malaysia, ia mampu menarik minat golongan bumiputera yang berminat kepada gaya hidup mewah,” tambah Diana.

Sementara itu, Dr. Shariffa Sabrina melahirkan rasa bangga atas kesediaan sebuah kelab mewah seperti RCM dalam membantu PEKA menjalankan misinya terhadap pemeliharaan alam sekitar.

“Buat masa ini amat kurang golongan elit tampil membantu dalam pemuliharaan alam semula jadi. 

"Dengan kolaborasi ini diharap lebih ramai sedar mengenai kesan pembangunan terhadap hutan yang kita warisi ini,” ujar Dr. Shariffa Sabrina.

Sehubungan itu, beliau mengajak ahli-ahli RCM yang selama ini banyak melakukan aktiviti rekreasi mewah seperti sukan layar dengan kapal mewah (yatch), menaiki helikopter persendirian atau pun hadir ke parti-parti eksklusif dan seumpamanya beralih pula kepada aktiviti perhutanan.

“Golongan ini harus disedari betapa indahnya dikelilingi rimba hijau sambil menyedut udara segar. 

"Mesej yang kita mahu sampaikan kepada mereka sudah tentu kekalkan hutan yang ada dan tidak dihapus bagi laluan pembangunan,” harapan Dr. Shariffa Sabrina.

Dalam pada itu, mesti ada yang tertanya-tanya apa hubung kaitnya TWI Watches dengan RCM?

“TWI Watches dipilih untuk menjadi rakan sekutu kerana kami sentiasa menawarkan yang terbaik buat ahli VIP memandangkan jam tangan TWI diperbuat daripada bahan berkualiti bertatahkan berlian bermutu tinggi,” kata Diana sambil menyifatkan betapa tingginya juga nilai sesebuah hutan itu kepada persekitaran.

Menurutnya, sebagai tanda penghargaan, setiap ahli yang berdaftar dengan yuran RM1 juta hingga RM3 juta seumur hidup sahaja akan dihadiahkan sebuah jam tangan mewah TWI.



Majlis turut diserikan dengan pertunjukan fesyen tiga buah jam mewah edisi terhad berjenama Bruno Magli, Armand Nicolet dan TWI Watches.

Beberapa lagi jenama lain yang menghiasi ruang pameran antaranya Eric Von Sant, Akribos XXIV, BM mahu pun yang direka khas untuk  bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Menariknya, setiap pembelian jam tangan mewah dijamin 100% nilai pulangan sekiranya pengguna mahu memulangkannya untuk membeli yang baharu.


Buat pengetahuan, Richlist Club Malaysia (RCM) yang merupakan kelab gaya hidup mewah di Asia berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 14 April 2017 bermatlamat mempromosikan gaya hidup dan aktiviti untuk ahli-ahli VIP mereka.

Untuk rekod, RCM pernah menawarkan  pengalaman gaya hidup mewah tanpa had kepada ahli-ahli kelab VIP-nya melalui pelayaran membabitkan  sejumlah 130,000 bot mewah dari 184 negara peserta.

“Di Malaysia, kelab begini masih baharu namun kami percaya dapat menambah ahli baharu dalam kalangan bumiputera bahkan melalui aktiviti mewah yang dirancang ia membuka peluang meluaskan perniagaan yang diusahakan,” akhiri Diana penuh yakin. - KitaReporters

Pelakon Jalalludin Hassan (tujuh dari kiri) turut diundang ke majlis pembukaan TWI Watches di Viva Shopping Mall.

6
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago