Santai 16 Feb, 2020

SEJARAH DAH TERCIPTA... DRAMA PATUH SYARIAH!!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this

RANGKAIAN televisyen Islam, TV AlHijrah melangkah setapak dalam dunia penyiaran tempatan apabila buat julung kalinya sejak penubuhannya 9 tahun lalu menerbitkan sebuah drama. Produksi drama ‘in house’ berkenaan  bertajuk ‘Boss… Mama Kirim Salam' (BMKS) yang sudah mula bersiaran pada 6 Februari 2020 dan boleh ditonton setiap Khamis dan Jumaat, jam 6,30 petang sebanyak 36 episod. : KitaReporters.com

Barisan pelakon (dari kiri) Zee Khan Hussin, Qazem Nor, Siti Fazurina dan Carolina Binur pada sidang media drama "Boss...Mama Kirim Salam' yang berlangsung di TV AlHijrah pada 13 Februari 2020.


Dibarisi artis seperti Qazem Nor dan Siti Fazurina Mohd Famir serta dibantu oleh pelakon baru, Carolina Binur dan Zee Khan Hussein, menariknya, hampir 90% watak sampingan lain dijayakan oleh kakitangan TV AlHijrah sendiri.

Arahan Wan Hussin Wan Ismail, yang juga merupakan tenaga kerja TV AlHijrah, drama BMKS berlatarbelakangkan penceritaan serta karakter di balik tabir stesen televisyen separa kerajaan kedua negara selepas Bernama TV itu.

“Drama ini sangat unik sebab selain merupakan drama pertama di Malaysia yang berkisar tentang dunia penyiaran Islam, BMKS juga menggunakan seratus peratus tenaga kepakaran warga kerja TV Al Hijrah.

"Bermula dari pengarah sehinggalah kepada pengurus produksi, jurukamera, tenaga pascapenerbitan jurusolek, penata cahaya, penata bunyi dan lain-lain,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah)Namanzee Harris  pada majlis sidang media BMKS yang diadakan di TV AlHijrah di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur pada Khamis, 13 Februari 2020.

Namanzee (tiga dari kiri) bersama pengarah Wan Hussin (tiga dari kanan) dan barisan artis BMKS menjawab pertanyaan media.


Apakah ini bermakna TV AlHijrah bakal menubuhkan Unit Dramanya yang tersendiri?

“Kemungkinan ke arah itu memang ada dalam perancangan. Apa pun biarlah BMKS menjadi sebuah eksperimen dan pertaruhan kami untuk memenangi hati penonton, malah ia satu hadiah di atas kesetiaan mereka yang tidak berbelah bagi,” jawab Namanzee.

Tidak bimbang dengan ‘rating’ apabila membariskan pelakon-pelakon yang bukan mendapat pengikut tertinggi dalam hati peminat seni hiburan, Namanzee yakin dengan cerita serta skrip yang mantap suntikan Raja Azidah Raja Jaafar dan penonton setia yang mahukan sebuah karya patuh syariah, pencapaian dari segi jumlah tontonan mampu dicapai.

Menurut beliau, dalam keadaan industri penyiaran sekarang yang makin mencabar sehingga ribuan kakitangan  hilang punca pendapatan disebabkan pengaruh media digital yang pantas, murah dan percuma menyebabkan pengiklanan beralih kepada laman sosial.

“Sehubungan itu, kos penerbitan perlulah diambil kira agar tidak melampaui tanggungan, waima drama BMKS ini diterbitkan dalam kos efektik,” ujar Namanzee.

Pun begitu, tambah beliau, dengan kekangan yang ada, tidak seharusnya menghalang pihak penerbitan untuk berkarya malah jika skripnya kuat, soal ‘casting’ adalah pilihan kedua.

Bagi Qazem Nor yang menerajui drama berepisod setengah jam ini, beliau melahirkan rasa bangga dipilih TV AlHijrah untuk penerbitan drama sulong mereka.

“Saya rasa  bangga dapat menjadi pelakon pertama untuk produksi TV AlHijrah malah pertama kali juga terlibat dalam drama patuh syariah jadi sudah tentu kena jaga batas pergaulan. 

"Dalam soal ini saya harus memainkan peranan yang lebih dalam menghidupkan watak melalui ekspresi,” ujar Qazem atau nama penuhnya, Mohd Nazim Atim.



Pendapatnya turut diakui sebagai  cabaran bagi pelakon Siti Fazurina Mohd Famir yang juga buat pertama kalinya berlakon dalam sebuah drama yang patuh syariah.

“Saya juga seperti Qazim rasa terharu mendapat tawaran ini dan berharap penonton dapat menerima lakonan saya,” ujar pelakon yang mula dikenali dalam sitkom ‘Puteri’ arahan Aziz M. Osman pada tahun 2005 ini.

Lebih menarik dan barangkali kebetulan juga, baik Qazem mahu pun Siti Fazurina, kedua mereka diperkenalkan oleh pengarah sama ketika bertapak di dalam industri lakonan di mana Qazem membintangi drama 'Misi XX Ray' iaitu selepas  setahun  penerbitan sitkom ‘Puteri’ arahan Aziz M. Osman itu disiarkan.

Dan kini, mereka disatukan pula dalam ‘Boss… Mama Kirim Salam’  yang mana Qazem melakonkan watak seorang duda  anak satu, tetapi mendapat perhatian tiga orang wanita yang menaruh hati kepadanya, termasuk pasangan anak beranak, Azra dan ibu tunggalnya (lakonan Siti Faizurina), serta rakan sekerja, Laila.

Pendekata, ia mengisahkan tentang percintaan, dilema, suka duka dan kehidupan seorang pembantu penerbit bernama Azra (lakonan Carolina)  di sebuah stesen TV Islamik yang turut teruji dengan cabaran kerja, individu, keluarga dan kehidupan dalam mengejar cinta dan cita-cita seorang wanita bekerjaya.

Nak tahu apa kesudahannya cinta tiga orang wanita terhadap seorang lelaki ini, pastikan anda menonton BMKS setiap Khamis dan Jumaat jam 6,30 petang di TV AlHijrah #Tvkitauntuksemua, manakala siaran maraton episod lepas boleh disaksikan pada setiap Ahad jam 6 petang. - KitaReporters.com


Sebahagian besar daripada krew produksi terdiri daripada kakitangan TV AlHijrah. - Foto AlHijrah Online.

3
6
2
0
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 5 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 5 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 5 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago