Santai 22 Jan, 2020

BRO.. TAK PERLU HINA ORANG LAIN SEBAB DEPRESI

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
MASALAH depresi kian meningkat pada zaman sekarang. Banyak kempen yang dijalankan demi memberi kesedaran kepada ramai orang di luar sana tentang penyakit ini. Tetapi sebagai seorang manusia yang normal, anda tidak sepatutnya memandang rendah atau mencemuh mereka yang menghidap penyakit ini. : KitaReporters.com


Tular di media sosial baru-baru ini kisah seorang lelaki menghidap penyakit depresi yang menerima hinaan dan cemuhan daripada kawannya yang merupakan bekas rakan sekolahnya.

Kejadian ini terjadi apabila bekas rakan sekolahnya yang merupakan seorang guru ternampak rakannya Amirul di wad psikitari dan mengetahui sebabnya.

Guru tersebut dikatakan telah menegur Amirul di dalam messenger untuk bertanya khabar dan berborak dengan rakannya.

Lalu lelaki ini menjelaskan mengapa beliau dimasukkan ke dalam hospital kerana mempunyai masalah "major depressive disorder, bipolar axiety".

Bukan itu sahaja, beliau juga menjelaskan perkara ini terjadi kerana tekanan hidup untuk mendapatkan pekerjaan tetap.


Setelah mengetahui masalah lelaki ini, guru tersebut terus menghina dirinya kerana tidak pernah berjaya sejak zaman sekolah sehingga alam universiti.

"Satu sekolah kenal kau pelajar yang slow repeat STPM 2012, dulu aku dengan yang lain-lain tengah tahun pertama buat Ijazah, kau repeat lagi, ketinggalan giler kau. Now kau dah habis pun tetap macam ni."

Perbualan mereka berpanjangan, guru terus tersebut terus menghina rakannya dengan bahasa yang tidak sopan.

Lebih memeranjatkan guru ini juga menyalahkan tindakan lelaki ini yang pernah berkerja sebagai guru ganti.

Ini kerana mereka mengatakan bahawa kawannya sebenarnya tidak layak pun menjadi cikgu ganti dan dia sahaja yang layak menjadi seorang guru.



Rata-rata netizen bengang dan marah dengan sikap guru ini yang sangat keterlaluan dan tidak mempunyai rasa simpati langsung terhadap rakannya.

Bukan itu sahaja guru ini juga sangat berbangga dengan kerjayanya sebagai seorang guru dengan gaji yang beliau perolehi.

"Aku tahu kerja aku, diorang malas diorang punya pasalah. Yang penting gaji aku dengan Rita yang bakal beranak tu dapat gaji bulan. Nampak macam sadis aku nak jugak. Aku harap student aku tak macam kau. Aku mengajar sekolah asrama penuh so senang kerja aku."

Boleh disimpulkan dari kisah ini bahawa tidak semua orang di atas muka bumi ini mempunyai jalan hidup sempurna. 

Namun, Ingat jangan sesekali merendahkan hidup orang lain. - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago