Santai 12 Dec, 2019

ASTRO MAHU WANN MELANGKAH KE FINAL GV6?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SALURAN Astro Ria sekali lagi melakukan kejutan dalam program Gegar Vaganza 6 (GV6) demi rating, yang ramai sifatkan sebagai tidak kena pada masanya. Begitulah anggapan sebahagian netizen atau warganet sehinggakan ramai yang meluahkan kekecewaan mereka melalui laman media soal seperti Twitter. : KitaReporters.com

WANN atau nama sebenar Wan Rashidah Meor Abdul Rashid.


Ini kerana kejutan demi kejutan dilakukan ketika pertandingan kian menuju ke peringkat final.

Langkah untuk memanjangkan pertandingan Gegar Vaganza musim ini dari lapan minggu seperti kebiasaannya kepada 11 minggu sepatutnya dirancang sebelum episod pertama bermula.  

Kejutan yang dilakukan Astro Ria dipercayai sebagai mengejar rating, di mana GV merupakan salah satu rancangan yang mempunyai rating tinggi dan mampu meraih wang iklan yang banyak.


Pada hampir setiap musim GV, akan ada penyanyi yang disensasikan. Antaranya Fara Wahida dan Siti Nordiana untuk musim ke-2, Elly Mazlein untuk musim ke-3, Elyana musim  ke-4 dan Amelina musim ke-5. 

Dan bagi GV musim ke-6 ini, artis yang cuba disensasikan ialah Wann. Wann seperti tidak mahu disingkir dan dicuba untuk mengekalkannya.

Astro Ria melihat Wann mempunyai aura tersendiri, menyebabkan penyanyi berusia hampir 50 tahun yang kini tinggal di Singapura ini dipelawa oleh Astro untuk menyertai GV6.

Kini menjadi tanda tanya apa lagi kejutan yang bakal berlaku dalam GV6. Mungkinkah stesen Astro Ria mahu Wann tetap memasuki peringkat akhir?

Dari kiri: Naqiu Boboi, One Natin Emcess, Jatt Ali dan Hady Mirza


Peringkat akhir rasanya tetap enam peserta, tetapi bukan mustahil bagi Astro Ria melakukan lagi kejutan dengan menambah jumlah peserta peringkat akhir.

Namun rasanya peringkat akhir tetap mengekalkan 6 peserta. Empat yang kini sentiasa berada pada kedudukan empat teratas sukar untuk digugat ialah One Nation Emcees, Naqiu Boboi, Hady Miza dan Jatt.

Untuk tempat kelima dan keenam pula, empat penyanyi perlu bersaing iaitu Nurfatima, Norshila Amin, Sham Visa dan Wann.

Ini bererti dua penyanyi akan disingkir pada peringkat separuh akhir nanti. Dan dapat dijangka salah seorang dari tiga penyanyi wanita akan terkandas pada peringkat separuh akhir. 

Selain Wann, salah seorang penyanyi yang disensasi ialah Sham Visa. 

Ketika ini, sebahagian orang ramai melihat apa yang berlaku dalam GV6 sebagai pelik serta sumbang dan mereka muak dengan permainanan atau game GV6 apabila Wann yang sudah dua kali tersingkir terus terselamat.

Adakah akan ada lagi kejutan dilakukan oleh Astro dalam peringkat separuh akhir GV6 Ahad ini? Apakah kejutan GV6 seterusnya? - KitaReporters.com

0
1
0
0
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago