Santai 17 Dec, 2019

JET PERIBADI PUTIN SUPER MEWAH, DILAPIK EMAS

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
TERDAPAT sejumlah presiden atau ketua negara di seluruh dunia mempunyai jet atau pesawat peribadi sendiri. Antara mereka ialah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin. : KitaReporters.com

Walaupun pesawat peribadi Putin bukan yang termahal, namun ia mungkin menjadi salah satu pesawat peribadi yang mempunyai kemewahan dalaman yang menakjubkan.

Menurut Intisari Online, pesawat yang bernilai hampir AS$100 juta (lebih RM410 juta) ini benar-benar menampilkan ciri-ciri super mewah.

Hampir semua perabot dalam jet peribadi Putin berlapis dengan emas. Bahkan, tandas dan sinkinya juga dilapisi emas!

Tidak hanya itu, pesawat tersebut juga memiliki bilik  tidur yang luas dan ruang gim yang selesa.


Diketahui, untuk pesawat berinterior mewah seperti itu, Puttin rupa-rupanya tidak puas hanya punya sebuah. 

Ketika dia perlu melakukan penerbangan antarabangsa, ada empat pesawat yang berlepas bersama. Ia untuk tujuan keselamatan Putin.

Satu pesawat berisi Vladimir Putin, sementara tiga lagi untuk tugas penyamaran agar orang ramai tidak mengetahui dalam pesawat mana sebenarnya Putin berada.

Sebelum Vladimir Putin benar-benar mendarat di tempat tujuan, tidak seorang pun tahu mana pesawat asli yang ditumpangi Putin. 



Namun demikian, pesawat milik Vladimir Putin tersebut ternyata masih kurang mahal berbanding pesawat milik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Pesawat Donald Trump juga dilengkapi dengan hospital darurat yang memungkinkan penumpangnya menjalani rawatan di atas awan. - KitaReporters.com

Pesawat Donald Trump dikatakan mempunyai harga hampir dua kali ganda daripada pesawat Vladimir Putin.

Walaupun begitu, dari segi interior Putin mungkin menang memandangkan Trump menghabiskan wangnya untuk enjin pesawat yang boleh  terbang lebih laju.


0
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago