Santai 04 Dec, 2019

BOLEH KUTIP ZAKAT RM1B PADA AKHIR 2023 DI WP

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
ALLAH SWT meyakinkan bahawa orang yang mengeluarkan hartanya untuk berzakat di jalan Allah, maka hartanya akan selalu dilimpahkan keberkatan oleh-Nya. Keberkatan harta akan memberikan impak positif kepada seseorang sehingga memperoleh barakah dalam kehidupannya di dunia dan akhirat. : KitaReporters.com

(Dari kanan) KETUA Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri dan Pengerusi PPZ-MAWIP, Datuk Che Mat Che Ali menghadiri Majlis Zakat Korporat 2019 di Putrajaya pada 2 Disember lalu.


Baru-baru ini, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM6,630,126.20 dalam satu majlis penyerahan Zakat Korporat 2019 yang berlangsung di Hotel Everly, Putrajaya pada Isnin (2/12/2019) lalu. 

Pada majlis itu  menyaksikan  21 syarikat menyerahkan zakat perniagaan  kepada PPZ-MAWIP yang diwakili Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri dan Pengerusi PPZ-MAWIP, Datuk Che Mat Che Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff, berkata pihaknya yakin menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM710 juta mampu dicapai pada akhir tahun ini.

Ahmad Shukri berkata, walaupun berlaku sedikit penurunan bagi kutipan zakat perniagaan untuk tempoh Januari hingga November tahun ini, pihaknya kekal positif dengan hasil kutipan zakat-zakat lain seperti pendapatan dan simpanan yang akan terus bertambah sehingga penghujung tahun ini.

Menurut beliau, bagi tempoh Januari hingga November 2019, PPZ-MAWIP menerima  kutipan zakat  sebanyak RM536,687,463.94, meningkat tiga peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Katanya, melalui usaha bersungguh-sungguh dengan izin Allah, pihaknya yakin akan mencapai sasaran ditetapkan pada tahun ini iaitu RM710 juta daripada 190,000 pembayar.

"Kita juga berharap pertambahan lebih banyak pembayar zakat pada tahun ini agar lebih ramai nasib asnaf di Wilayah Persekutuan akan terbela dan terpelihara.

“Bagi mencapai sasaran berkenaan kita akan mengadakan pelbagai program bagi menggalakkan orang ramai dan syarikat korporat membayar zakat pendapatan masing-masing dan menyasarkan sehingga RM1 bilion pada akhir 2023.

WAKIL syarikat bergambar beramai-ramai pada Majlis Zakat Korporat 2019  di Hotel Everly, Putrajaya.


"Antara program diadakan pada awal tahun ini, PPZ-MAWIP telah melancarkan Produk terbaru iaitu Skim Kafalah Muzakki yang bakal memanfaatkan Waris pembayar di PPZ-MAWIP.

"Di samping itu, kami juga memperkenalkan Skim Wakalah iaitu pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri kepada asnaf yang layak," katanya.

Syarikat korporat yang menunaikan kewajipan berzakat pada hari itu antaranya adalah Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Berhad (Angkasa), Asri Ahmad Akademy Sdn Bhd, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Etiqa Family Takaful Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Menara Kuala Lumpur.

Pada masa depan, PPZ-MAWIP bercadang mengadakan pemberian sijil khas iaitu satu bentuk perakuan kepada syarikat yang telah membayar zakat.

Melalui sijil ini, ia akan dapat menggalakkan lebih banyak syarikat untuk membayar zakat perniagaan di PPZ-MAWIP.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri, berkata "kita akan meningkatkan keyakinan dalam kalangan pembayar zakat sedia ada bahawa semua wang yang diterima PPZ-MAIWP akan dibelanjakan dan diagihkan secara telus kepada tujuh golongan asnaf."

Zulkifli berkata, "apa yang lebih penting, kita mahu bantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan dan seterusnya menjadi golongan berpotensi menjadi pembayar zakat."

Menurut beliau, pihaknya berharap syarikat korporat yang berzakat akan dilimpahi keberkatan dan ditambahkan rezeki supaya mereka dapat terus membayar zakat dan membantu golongan memerlukan. - KitaReporters.com

TIMBALAN Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan, Mohd Nasir Ramli (dua dari kanan) menyerahkan zakat kepada Zulkifli.


WAKIL Etiqa Family Takaful Berhad (dua dari kanan) menyerahkan zakat kepada Zulkifli.


WAKIL Etiqa General Takaful Berhad (dua dari kanan) menyerahkan zakat kepada Zulkifli.


WAKIL Malakoff Corporation Berhad  (dua dari kanan) menyerahkan zakat kepada Zulkifli.


WAKIL Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd    (dua dari kanan) menyerahkan zakat kepada Zulkifli.


WAKIL-WAKIL syarikat bergambar beramai-ramai pada Majlis Zakat Korporat 2019 di Hotel Everly, Putrajaya.

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago