Merebaknya wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) ini mendorong sejumlah golongan kaya dan selebriti mengeluarkan sumbangan. Terbaharu yang mengumumkan akan memberi sumbangan adalah pelakon kung fu lagenda Hong Kong, Jackie Chan. : KitaReporters.com
Jackie Chan tawar hadiah berjumlah sejuta yuan bagi penawar NCOV. Kredit foto: Today Online
Bintang aksi tersohor Hong Kong itu membuat tawaran itu dalam aplikasi Weibo sambil menyatakan keprihatinan akan merebaknya wabak nCoV ke seluruh dunia.
Selain menawarkan hadiah itu, Jackie akan memberi bantuan kepada sejumlah mangsa wabak itu.
“Bagi mana-mana individu atau organisasi yang berjaya hasilkan penawar koronavirus, saya mahu berterima kasih kepada mereka dengan menawar hadiah sebanyak 1 juta yuan,” kata Jackie.
“Ini bukan soal duit. Saya tidak mahu lagi melihat suasana jalan yang semakin sepi dan rakan-rakan senegara saya terpaksa kerja keras ‘berperang’ dengan virus itu sehingga ada sudah terkorban.
"Padahal mereka sepatutnya menikmati kehidupan lebih baik,” tambahnya.
Ramai netizen meminta Jackie Chan menambah hadiah wang tunai 10 kali ganda. - Kredit foto Today Online
Namun bagi sebahagian pengguna media sosial, mereka berharap Jackie menawarkan jumlah hadiah lebih tinggi iaitu 10 kali ganda iaitu 10 juta yuan atau kira-kira RM6 juta.
Ini kerana antara selebriti Hong Kong terkenal Louis Koo baru-baru ini menghulurkan sumbangan sebanyak 10 juta yuan untuk mengatasi koronovavirus. - KitaReporters.com