Santai 11 Feb, 2020

APA KES?? BAGI TEMPOH 48 JAM: DSV 'LAWAN' AA

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

USAHAWAN kosmetik terkenal, Dato' Seri Vida (DSV) memberi tempoh 48 jam kepada selebriti Azwan Ali (AA) untuk memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan saman malu diambil terhadapnya. : KitaReporters.com 

Vida bersama anaknya, Che B pada majlis sidang media yang diadakan di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur pada 10 Februari 2020.


Selain permohonan maaf secara terbuka, Azwan Ali dikehendaki juga menandatangani surat akuan untuk menarik balik kenyataan dan video-video yang telah dimuat naik dalam laman sosialnya serta membuat akujanji untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

Memberitahu demikian pada satu majlis sidang akhbar yang berlangsung petang Isnin, 10 Februari 2020, DSV atau nama penuhnya, Hasmiza Othman, mengambil tindakan tersebut selepas Azwan melakukan penghinaan terhadap dirinya dan anak, Che B atau Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin melalui lamam Instagram milik Azwan yang lebih dikenali sebagai ‘Diva AA’.

Dari kiri: Azza Elite, Adnan Seman, DSV, Che B dan Roslan Shah.


“Azwan bukan sahaja melemparkan kata-kata keji malah menyentuh soal kematian dua anak saya yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu,” ujar Vida dalam nada marah bercampur sebak.

Majlis sidang media yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur turut memperlihatkan video yang dimuat naik oleh Azwan di mana beliau telah membakar selendang serta pemberian dua botol minyak wangi milik DSV.

“Azwan bukan sahaja membakar minyak wangi tersebut tetapi membuat tuduhan yang minyak wangi itu ‘bodoh’ dan tidak bernilai,” sambung Vida yang turut ditemani peguam belanya, Tetuan Adnan Seman.

Hadir bersama beliau, penyanyi Roslan Shah dan Azza Elite yang bertindak sebagai pengacara majlis. 

Foto yang dimuat naik AA melalui laman media sosial Twitternya.


Menurut Vida, tidak cukup dengan tohmahan terhadap minyak wanginya, Cik B pula menjadi mangsa keadaan apabila beliau turut menghina bentuk fizikal Cik B serta memaki hamun Cik B di Twitter. 

Dan lebih menyakitkan hati apabila kematian kedua-dua anaknya dikatakan mati rentung.

“Peristiwa tragis itu amat sensitif bagi saya atau sesiapa sahaja yang bergelar ibu atau sesiapa sahaja yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi pahit seperti ini. 

“Saya sendiri berusaha untuk tidak mahu mengingati peristiwa yang sangat sedih dan menyayat hati. 

"Tetapi telah dipermainkan dan dikaitkan dengan cara kematian anak saya yang dikatakan rentung tetapi sebenarnya kematian mereka berdua adalah berpunca dari lemas asap,” cerita Vida panjang lebar.

Tambah Vida, tindakan Azwan itu menjejaskan kredebiliti, imej, maruah serta emosinya sehingga menganggu jualan perniagaannya malah turut terkesan kepada Che B yang rasa rendah diri dan sangat sedih.

Kecaman yang diluahkan oleh AA tercetus selepas kemunculannya dalam Karnival Che B Vaganza Tour 2020 baru-baru ini.

Untuk penjelasan lanjut, berikut kronologi  penuh yang dikeluarkan oleh DSV sehingga tercetusnya perang mulut oleh Azwan dalam laman sosialnya itu:


Kronologi Kejadian Caci Maki Azwan Ali : 

1. Karnival Cik B Vaganza Food Fest Tour 2020 (Angsana Johor Bahru Mall) 

Kesinambungan dari kejayaan Karnival Cik B Vaganza Food Fest 2019 di Shah Alam, kami telah mengadakan Karnival Cik B Vaganza Tour 2020 di Angsana Johor Bahru Mall pada 23-27 Januari 2020 bagi memenuhi permintaan peminat-peminat saya dan Cik B di Johor Bahru dan Singapura. Di Johor Bahru seramai lebih kurang 30,000 pengunjung telah hadir bagi memeriahkan acara yang disediakan di samping menikmati makanan-makanan viral yang terdapat di karnival tersebut. 

2. Bukan Hadir Sebagai Artis Jemputan 

Penglibatan Azwan Ali pada Karnival Cik B Vaganza Food Fest bermula di Shah Alam lebih kepada memberikan ruang kepada anak saya Kacak untuk bertemu Azwan Ali dan juga memberikan ruang kepada Azwan Ali untuk membuat “content” bagi saluran “YouTube”nya. Azwan Ali telah bersetuju untuk hadir TANPA mengenakan sebarang bayaran. Sebagai tanda terima kasih, saya telah memberikan kepadanya minyak wangi OUD DIVA dan HERO serta sehelai selendang. 

Keesokannya, Azwan Ali hadir LAGI di Karnival Cik B Vaganza Food Fest 2019, Shah Alam. Memandangkan sambutan yang sangat luar biasa daripada orang ramai yang hadir ke Cik B Vaganza Food Fest 2019 di Shah Alam ini, dia telah hadir ke Cik B Vaganza Food Fest 2020 di Angsana Johor Bahru Mall. 

Saya tidak menjemput dia ke Johor Bahru sebaliknya saudara Roslan Shah selaku pengacara, telah menjemput Azwan Ali untuk hadir ke Cik B Vaganza Food Fest 2020 di Angsana Johor Bahru Mall ini, tanpa pengetahuan saya. Dua hari sebelum event staff saya dihubungi PA Azwan Ali menyatakan dia ingin terlibat sama sebagai vendor di Cik B Vaganza Food Fest 2020 ,Angsana Johor Bahru Mall dan saya telah bersetuju memberikan Azwan Ali, Booth berharga RM2,800.00. 

Azwan Ali bertemu dengan staff saya, Diyla dan meminta untuk naik ke pentas. Azwan telah dimaklumkan bahawa sebenarnya slot telah penuh, namun dia berkeras untuk naik ke pentas bagi memeriahkan lagi event tersebut. Dyila memberitahu jika Azwan Ali tetap ingin naik ke pentas tiada sebarang bayaran akan dibuat dan Azwan Ali menyatakan dia tidak kisah tiada bayaran asalkan dia dapat naik ke pentas. 

Kebetulan semasa slot beliau hampir selesai, saya juga baru sampai. Azwan Ali bersama-sama saya berceloteh dan mempromosikan minyak wangi OUD DIVA dan HERO di atas pentas. Keesokannya pula, Azwan Ali hadir LAGI dan saya terkejut ‘Eh, beliau ada LAGI?’. Tanpa apa-apa prasangka saya dan Azwan Ali menyanyi bersama sambil mempromosikan minyak wangi OUD DIVA dan HERO dengan memberikan tawaran istimewa kepada pengunjung yang hadir. 

Azwan Ali juga turut memberitahu mengenai kehebatan dan betapa WANGINYA serta MEWAHNYA minyak wangi saya. Beliau juga telah mengeluarkan minyak wangi OUD DIVA dan HERO dari beg beliau dan terus menyemburkan minyak wangi tersebut kepada pengunjung yang hadir akan bauan OUD minyak wangi ini yang SANGAT beliau sukai. Beliau juga ada memberitahu kepada pengunjung bahawa beliau membawa wangian ini ke mana sahaja kerana beliau sangat SUKA akan bauan minyak wangi saya ini. Setelah itu, beliau turun dari pentas dan saya meneruskan konsert bersama-sama artis yang lain. 

3. Penghinaan Kepada Saya 

Beberapa hari setelah selesai Cik B Vaganza Food Fest di Johor bahru, Azwan Ali telah memuat naik satu video di Twitter. Dalam video tersebut, beliau telah membakar dua botol minyak wangi saya, OUD DIVA dan HERO serta selendang pemberian ikhlas dari saya yang mana kesemua barangan tersebut bernilai hampir seribu ringgit. 

Dalam video tersebut, Azwan Ali telah memaki hamun serta menghina kematian anak-anak lelaki saya, menghina bentuk fizikal saya dengan kata-kata kesat gara-gara tidak diberikan bayaran bagi penampilan beliau pada Cik Vaganaza Food Fest 2020, Johor Bahru. 


Pada akhir majlis sidang media, DSV berkata, “tindakan yang saya ambil ini bukan soal meraih publisiti atau mencari duit lebih melalui saman ganti rugi malu tapi lebih kepada mengajar warganet supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan Internet.” - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago