SEBAGAI ibu bapa kita semua mahukan yang terbaik buat anak kita. Kadangkala hukuman yang diberikan kepada mereka bukanlah untuk menyakiti tetapi memberi pengajaran kepada diri mereka. : KitaReporters
Tular dalam media sosial baru-baru ini, video seorang ibu menghukum anaknya dengan tarian gelek.
Ibu tersebut memberi hukuman ini kepada anaknya kerana dia telah mengetuk kepala adiknya.
Untuk tujuan mendidik, ibu kepada kanak-kanak ini memintanya untuk "berjoget" sebagai satu hukuman.Dikatakan kanak-kanak ini telah mengetuk kepala adiknya itu menggunakan sebatang kayu. Jadi ibunya meminta anaknya ini bergelek tanpa henti walaupun sedang menangis.
Rata-rata netizen terhibur melihat aksi gelek kanak-kanak ini.
Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya tidak boleh menggunakan kekerasan kepada anak kita sebagai satu hukuman.
Tetapi, memilih cara lain agar anak itu sedar bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah salah. - KitaReporters