Santai 14 Feb, 2020

ORANG SARAWAK PALING ROMANTIK! BETUL KE?

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
SARAWAK yang dikenali juga dengan panggilan Bumi Kenyalang merupakan salah sebuah negeri di Malaysia Timur yang kaya dengan kepelbagaian etnik suku kaum dan kebudayaan selain makanan tradisi agak unik lagi menyelerakan. : KitaReporters.com

Senarai kedudukan negeri paling romantik di Malaysia yang dikeluarkan oleh sebuah platform e-dagang yang berpengkalan di Poland, Picodi.com - Foto Google.com


Malahan ia antara negeri yang popular dengan keindahan tempat-tempat pelancongan menarik, di samping produk hasil lautnya yang segar termasuk ikan terubuk masin, yang sering menjadi kesukaan masyarakat di Semenanjung.  

Tahukah anda untuk tahun 2020 ini, Sarawak memperolehi satu lagi gelaran yang agak unik dan boleh dianggap luar biasa?

Sarawak telah dinobatkan sebagai negeri di mana penduduknya (orang-orang Sarawak) sebagai paling romantik di Malaysia.

Gelaran tersebut diberikan oleh salah sebuah platform e-dagang antarabangsa yang berpengkalan di Poland, Picodi.com hasil daripada beberapa kaji selidik yang dijalan di negara ini berdasarkan soalan-soalan mengenai Hari Kekasih yang jatuh pada 14 Februari setiap.

Apakah ciri-ciri ramah dan mudah mesra menjadikan masyarakat Sarawak yang berbilang etnik kaum boleh dikategorikan sebagai penduduk paling romantik di Malaysia? - Foto Sarawak.net


Kaji selidik tersebut juga berdasarkan populariti kata kekunci yang dicari oleh para pengguna bagi tempoh antara Januari hingga Februari 2019 berdasarkan data yang dikeluarkan oleh pihak Google, lapor The Borneo Post pada Jumaat, 7 Februari 2020.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh platform berkenaan, yang kini berada di 44 buah negara termasuk Malaysia, menjelaskan selepas melihat secara dekat data yang dikeluarkan oleh Google, ternyata rakyat Malaysia paling romantik tinggal di Sarawak, Johor dan Sabah.

"Di negeri-negeri ini soalan berkaitan Hari Kekasih direkodkan berada pada tahap tertinggi dan ternyata Sarawak yang terkenal dengan khazanah alam semula jadi yang indah serta kepelbagaian makanan, budaya dan etnik kaum boleh menambah aspek romantik sebagai satu lagi ciri khas negeri berkenaan," menurut kenyataan itu. 

Kemesraan masyarakat di Sarawak semasa menyambut suatu perayaan menjadikan antara tarikan pelancong. - Foto The Borneo Post.



Selepas Johor (di kedudukan kedua) dan Sabah (ketiga), di tempat keempat ialah Perak, diikuti Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kuala Lumpur, Pahang, Labuan, Melaka, Perlis, Selangor, Terengganu, Kelantan  dan Putrajaya.

Daripada data yang dipaparkan bermula dengan Sarawak di kedudukan teratas hingga ke Selangor (pada nombor ke-13), negeri-negeri ditandakan dengan warna merah dan jingga sebagai negeri di mana penduduknya  diketegorikan sebagai romantik, manakala negeri-negeri Terengganu, Kelantan dan Putrajaya ditanda dengan warga biru muda sebagai di bawah paras romantik.   

Sekalipun terdiri daripada pelbagai etnik kaum dan budaya masyarakat di Sarawak tetap harmoni dan bersatu padu terutama bila merayakan suatu perayaan. - Foto Pelancongan Sarawak


Dengan pengiktirafan oleh Picodi.com ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa masyarakat yang mendiami kedua-kedua negeri di pulau Borneo itu sebenarnya hidup dalam suasana harmoni dan toleransi, sekali pun mereka terdiri daripada pelbagai suku etnik kaum dan kebudayaan.

Konsep yang diamalkan oleh masyarakat di Sarawak dan Sabah perlu dipupuk dan dibelai dalam melahirkan masarakat lebih berwibawa dan harmoni.

Malahan secara tidak langsung dengan gelaran yang diberikan oleh Picodi.com itu mampu menjadikan antara tarikan pelancong luar ke negeri-negeri berkenaan.

Tahniah Sarawak, Johor dan Sabah yang dinobatkan antara tiga negeri teratas sebagai negeri di mana penduduknya paling romantik di Malaysia. - KitaReporters.com

5
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago