Santai 11 Mar, 2020

RM2K!! HERET PIHAK ANIAYA TUPAI KE MAHKAMAH

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

GAMBAR seekor tupai yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya menimbulkan respons amarah daripada para pengguna maya mengenai nilai kemanusiaan yang diselitkan Tuhan pada kita yang tidak kita gunakan pada haiwan. Sudah hilangkan perikemanusiaan kita? Dah jadi binatangkah kita?? : KitaReporters



Amarah netizen dengan kejadian penganiayaan tupai yang tular baru-baru ini dalam media sosial itu sangat memberikan kesan negatif terhadap emosi dan rasa empati kita sebagai manusia. 

Sehubungan itu, Persatuan Haiwan Malaysia dalam reaksinya terhadap penganiayaan tersebut menegaskan: 

"Ini bukanlah cara mengajar tupai. Fitrah haiwan liar mencari makan dengan pencerobohan. Menangani kacau ganggu perkebunan mestilah dengan perikemanusiaan.

"Jika tindakan menggantung tupai dijadikan alasan untuk menakutkan tupai lain supaya tidak mencuri buah durian di dusun, maka tindakan berlebihan ini tergolong dalam kategori menzalimi dan menyakiti tupai.

"Pemilik dusun yang melampau batas wajar diheret ke mahkamah dan diadili dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

"Dari situ barulah diketahui bahawa tindakan melampau dan menyakiti tupai adalah wajar atau tidak wajar.

Perbuatan ini adalah di Malaysia!"



Sehubungan itu, persatuan berkenaan menawarkan hadiah wang RM2,000 "kepada pemberi maklumat yang sanggup jadi saksi hingga pelaku atau pemilik kebun diheret ke mahkamah, didakwa dan dijatuhi hukuman penjara atas kebiadapan dan kezalimannya." 

"Pelajaran keras perlu diberikan kepada pembuli, pendera atau pembunuh haiwan secara tanpa sebab dan berlebihan."

Dalam pada itu, netizen hangat memperkatakan sama ada menzalimi haiwan merupakan sebahagian dari dosa-dosa besar manusia sesama makhluk bernyawa memandangkan tupai-tupai juga merupakan benda hidup yang wajar untuk disayangi dan disanjungi.

Kadang-kadang Tuhan sengaja mendekatkan kita dengan bermacam jenis haiwan dan makhluk yang tidak terduga untuk menilai prestasi keangkuhan dan nilai kemanusiaan yang ada pada diri kita yang hina.

Rata-rata netizen berpandangan sudah lumrahnya haiwan seperti tupai untuk mencari dan mencuri makan di hutan dan di kebun-kebun bagi meneruskan kelangsungan hidupnya selain makan dan tidur.

Rantaian ekosistem antara haiwan-haiwan ini merupakan kitaran yang memberi keseimbangan yang sempurna bagi menghidupkan habitatnya yang kian terancam.

Terdapat juga respons-respons balas untuk kita meletakkan diri dalam situasi perasaan haiwan berkenaan apabila anggota badan diseksa tanpa rasa belas kasihan dan dengan sewenang-wenangnya.

Antara komen-komen netizen dalam laman media sosial Persatuan Haiwan Malaysia (https://www.facebook.com/animalmalaysia/)


Sudah pastinya setiap saat akan berguguranlah air mata kita menahan kesakitan disebabkan kezaliman yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia yang tidak mempunyai hati perut.

Kita yang mempunyai daya pemikiran yang baik tentu sahaja mempunyai cara yang lebih murni dan terpuji untuk meredakan amarah yang membuak-buak terhadap haiwan seperti itu tanpa meletakkan asas kezaliman sebagai hukuman.

Ruang-ruang simpati yang diwartakan Tuhan kepada kita makin hari kian malap sehingga kita terasa bangga dengan perbuatan rakus mencederakan haiwan dan menyebarkannya dalam laman sosial tanpa rasa bersalah.

Di manakah terselitnya perasaan kasih sayang dan rasa cinta manusia terhadap haiwan? 

Apakah hilang ditenggelami dengan arus pemodenan raksasa dunia? 

Apakah kita lupa balasan syurga dan neraka disebabkan perbuatan yang sia-sia?

Renungkan dan bermuhasabahlah... - KitaReporters

2
1
10
0
7
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago