Santai 16 Mar, 2020

SERONOK SAKAN!! TERLUPA ADAB MAJLIS KAHWIN

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters


Renungan.

Menulis dari jiwa


Masa berlalu

Manusia berubah

Yang tak boleh

Banyak dah boleh


Hukum hakam

Ditolak ke tepi

Yang penting

Tercapai hajat hati

Menjadi trend terkini...


Majlis kahwin menjadi pesta

Bercampur pelbagai acara

Sampai adab pun terlupa.

Inilah yang ingin saya kongsi dengan anda hari ini.


Mengingatkan diri saya juga kadangkala kita terlepas pandang akan perkara-perkara yang sepatutnya dijaga dalam majlis pernikahan dan perkahwinan.

Tidak salah untuk bergembira tetapi biarlah dengan adab dan kesesuaian tetamu yang hadir.

Yang ingin saya kongsi tentang kebanyakan majlis kahwin sekarang sudah menjadi pesta hiburan.

Di kaca TV, di hotel dan di arena lokasi perkahwinan yang terkenal, perkara ini menjadi kebiasaan sekarang.

Malah ada sesetengah majlis, sebaik pengantin lelaki selesai lafaz nikah, tetamu bertepuk tangan dengan gembira. Pengantin pula buat aksi yess! Sambil mengangkat tangan.

Perlukah? Tak salah bertepuk tangan, cuma tak manis!


Sambutan gilang gemilang... Meriah. 

Gamat dengan nyanyian dan tarian. Majlis berinai pelbagai tema. Tua muda sama rancak berdansa. Lupa seketika usia menghambat senja dek teruja menerima menantu.

Gadis dan teruna bercampur suka, usik mengusik tak rasa segan. Ibu bapa pula bagi galakan.. Menarilah, bergembiralah sampai pengsan.

Di hujung majlis pengantin pun ambil bahagian

Berpelukan menari di hadapan tetamu. Aduhai.


Peliknya tiadakah yang menegur?

Ibu bapa takkan ikut sahaja kehendak anak.

Atau memang itu trendnya kini.


Apapun saya sekadar mencatat apa yang dilihat tanpa sebarang niat dan mengingatkan diri saya juga. 

Mudah-mudahan kita masih mampu mempertahan adab, adat dan budaya positif dalam kalangan generasi kita.

Tidak salah mengikut kemodenan tetapi ingatlah, agama dijunjung, adat dikendong.

Apapun saya akur, ada duit semua jadi.

Tepuk dada tanya hati, perlukah ikut orang atau ikut kemampuan kita tanpa mengetepikan adab dan hukum.

Saya ni old school sikit..

Maaf jika terasa hati, saya hanya berkongsi!


Iktibar daripada kisah ini

Dahulukan yang wajib.

Biar sederhana jangan membazir.

Jangan ikut orang, jangan terikut-ikut dengan hajat nak glamor pada hari bahagia.

Ibu bapa dan saudara mara patut main peranan menyusun majlis supaya lebih cantik dan beradab.

Kawal keadaan...

Jangan serah bulat-bulat kepada perancang majlis.


Pengantin patut lebih peka dengan hari bahagia mereka yang sepatutnya menjadi saat paling bernilai untuk melalui fasa baru dalam kehidupan.

Lebihkan membaca dan mendalami ilmu dan tip-tip rumah tangga (saya tahu ada yang buat) supaya tahu akan tanggungjawab masing masing setelah hidup bersama.


Majlis perkahwinan majlis mulia yang membawa keberkatan kepada pengantin dan keluarga.

Jangan sampai tetamu pulang dengan membawang yang macam-macam terutama bila tak dapat salam dengan tuan rumah yang sakan dok berjoget


❤️🌹 Biar sederhana asal tenang jiwa daripada meriah tapi menyakitkan mata. Wallahualam ❤️🌹 - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago