Santai 12 Feb, 2020

[VIDEO] SERONOKNYA!! BERKUBANG JALA IKAN

@abdul rashid abdul rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this

TEMERLOH sememangnya sinonim dengan ikan patin sehingga sesiapa sahaja yang bertandang ke daerah Titik Tengah Semenanjung itu pastinya tidak melepaskan peluang menikmati hidangan ikan sungai berkenaan. Jadi tidak hairanlah banyak kedai makan dan gerai menjual ikan patin wujud di bandar yang juga dikenali sebagai bandar ikan patin itu. : KitaReporters.com

Ahli Jawatankuasa Penyelaras Karnival Menjala, Zaini Mohamad (tiga dari kiri) bersama peserta dari Negeri Sembilan menunjukkan ikan patin sasa yang berjaya ditangkap. 


Namun tidak ramai yang tahu, di Temerloh juga terdapat pesta menangkap ikan patin yang mendapat sambutan bukan sahaja dari rakyat negeri Tok Gajah sendiri tetapi dari negeri-negeri lain.

Jika di tempat lain istilah berkubang menangkap ikan pastinya tergambar tangkapan haruan, puyu dan keli, tetapi di Temerloh lain pula cerita apabila berkubang, hasilnya adalah ikan patin.

Karnival menjala ikan di Kampung Lubuk Kawah menyaksikan ikan patin 'sasa' berjaya ditangkap, selain tangkapan ikan-ikan lain seperti lampam, terbul, kerai, kaloi dan haruan.

Orang ramai memenuhi Estet Ikan Air Tawar Kampung Lubuk Kawah bagi menjala ikan.


Ahli Jawatankuasa Penyelaras Karnival Menjala, Zaini Mohamad berkata, karnival menjala ikan berkenaan diadakan tiga tahun sekali di Estet Ikan Air Tawar Kampung Lubuk Kawah di Lanchang dekat Temerloh.

Katanya, karnival menjala yang melibatkan kawasan seluas 42 hektar berkenaan mendapat sambutan dari seluruh negara dengan lebih 1,000 penyertaan direkodkan pada kali ini.

"Pada kali ini, bukan sahaja masyarakat setempat tetapi dari negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu malah kali ini peserta paling ramai adalah dari Negeri Sembilan.

"Pelbagai ikan dapat ditangkap yang mana kebanyakannya adalah patin sasa dengan purata berat 10 kilogram ke atas,"katanya ketika ditemui di Temerloh baru-baru ini.

Orang ramai memenuhi Estet Ikan Air Tawar Kampung Lubuk Kawah bagi menjala ikan. 


Menurut Zaini, pelbagai spesies benih ikan dari Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok, Jerantut dan PPA Bukit Tinggi, Bentong dilepaskan pada 2017 di estet ikan air tawar berkenaan.

Beliau memberitahu antaranya ialah benih ikan patin sebanyak (9,000 ekor), lampam sungai (325,000 ekor), lampam jawa (97,000 ekor), terbul (10,000 ekor), kerai lampam (12,000 ekor), temakang (3,500 ekor) dan kaloi sebanyak 50 ekor.

"Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang merupakan peminat tegar menjala dan selepas ini, kami akan memasukkan lagi benih ikan untuk projek akan datang," katanya.

Orang ramai memenuhi Estet Ikan Air Tawar Kampung Lubuk Kawah bagi menjala ikan. 


Sementara itu, seorang peserta, Mohamad Sabri Hasbullah, 33, berkata, dia bersama rakanya begitu tertarik untuk menjala khususnya bagi mendapatkan ikan patin dan menyertai karnival ini buat kali pertama.

Katanya, dia dan rakan-rakannya amat berpuas hati dan teruja  apabila dapat menangkap ikan patin sasa yang terperangkap di dalam jala.

Mohamad Sabri Hasbullah, 33, (dua dari kanan) bersama rakannya gembira selepas berjaya menangkap ikan patin 'sasa'. 


"Kami sampai ke sini pukul 3 pagi dan mula menjala pada pukul 8.00 pagi.  Sehingga pukul 10 pagi, kami sudah  dapat 11 ekor ikan patin dengan berat lebih 10 kilogram selain ikan-ikan lain. 

"Kami akan turun lagi pada sebelah petang dan berharap akan dapat lebih banyak lagi. 

Pada musim akan datang juga kami tidak akan melepaskan peluang untuk datang kembali," ujarnya. - KitaReporters.com


   

You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Zuhayati Yazid in Santai 4 months ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 months ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 months ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias in Santai 4 months ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 months ago