Santai 22 Feb, 2020

[VIDEO] TERBAIK ATM!! PERIBAHASA DALAM LAGU

@ku syafiq ku fozi
Wartawan terakhir yang diterima bekerja secara tetap bersama Utusan Malaysia. Mula berkhidmat pada 1 November 2017 dan tamat pada 31 Oktober 2019. Pemerhati perkembangan muzik negara baik dalam arus perdana mahupun bawah tanah.

Share this

WALAUPUN dunia semakin moden dan canggih, namun anak seni tempatan tetap tidak melupakan keindahan budaya dan bahasa warisan nenek moyang kita. Ia dapat dilihat melalui lagu terbaharu kugiran popular, Akim And The Majistret (ATM) yang sarat dengan olahan peribahasa Melayu lama. : KitaReporters.com

Foto: Facebook Akim And The Majistret


Lagu yang diberi tajuk Roulette itu merupakan lagu latar untuk filem Bulan Dan Pria Terhebat terbitan Astro Shaw.

Roulette merupakan sebuah karya segar yang mempunyai melodi rancak tanpa meninggalkan identiti rock ATM.

Seni kata lagu itu yang paling menarik kerana ia menghimpunkan enam peribahasa Melayu yang diolah oleh penulisnya.

Walaupun peribahasa yang digunakan tidak ditulis dalam bentuknya yang lazim, ia masih mengekalkan maksud yang sama.

Contohnya, dalam rangkap pertama, peribahasa "kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga" diolah menjadi "jangan cuba duga lautan/kalau kail kau sejengkal/dalamnya bukan mainan".

Begitu juga dalam rangkap keenam apabila penulis mengolah peribahasa "seperti menarik rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan berselerak" kepada "tarik rambut kau dalam tepung/tak nak tepung berselerak/rambut tak nak putus".

Olahan peribahasa lain yang digunakan ialah “nanti lari tak cukup tanah/terpaksa langkah seribu”; “bara api digenggam/biarkan sejuk sampai jadi arang”; “untung sabut pastikan timbul/untung batu kau manalah boleh terapung” dan “ada ubi adalah batas/ada masa nanti pula akan dibalas”.

Keberanian ATM untuk menghasilkan karya yang mengangkat unsur seni dalam bahasa Melayu wajar dipuji.

Walaupun masih muda dan membawa imej rock, ternyata ATM tidak keberatan untuk mengangkat martabat bahasa Melayu dalam karya mereka. - KitaReporters.com



11
3
0
0
2
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago