Santai 28 Nov, 2019

JOMLAH KITA BERUBAH SEBELUM KITA DIUBAHKAN

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan.

Bila berubah ramai terkejut.

Buang tabiat?

Berubah kerana Allah

Berubah dari hati

Sampai masa, semua orang akan berubah.

Berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Berubah, dalam semua perkara.

Cara berpakaian, gaya hidup dan amalan.

Ada yang kata, buang tabiat.

Biarkan!

Ia antara kita dengan Allah.


Kita ajak orang lain juga untuk berubah melalui sifat kita, usaha kita. Gerak hati kita kerana Allah.

Kalau dahulu malas solat, sekarang rajin untuk berjemaah. Masuk waktu terus solat, tak tangguh lagi.

Dahulu tak bertudung, sekarang menjadi seorang yang amat menjaga aurat.

Dahulu berjabat tangan dengan bukan muhrim, sekarang hanya tunduk dan tersenyum.

Bila hati kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah. Allah buka jalan.

Adakah kita perlu berubah sepenuhnya atau sedikit demi sedikit. 

Pada pandangan saya perubahan perlu dilakukan secara beransur-ansur agar tidak berlaku kejutan pada diri sendiri.

Supaya kita ada ruang untuk mendalami ilmu yang masih tertinggal bagi menambah usaha ke arah perubahan.


Jika dahulu kita selalu melepak dengan kawan-kawan sekarang ini tidak lagi dengan alasan tidak mahu membuang masa.

Banyak perkara berfaedah kita boleh buat terutama yang berkaitan dengan ibadah.

Bukan mudah untuk melakukan perubahan. Tidak semudah yang kita bayangkan terutama bagi perkara-perkara besar yang akan menentukan corak hidup dan masa depan kita.

Berubah dari sudut penampilan.

Mesti ada yang terkejut. Pedulikan.

Berubah dari sudut perangai dan gaya hidup.

Bersederhana dari mewah. Biasakan perlahan-lahan. Nekad, insya-Allah kita boleh berjaya.

Contoh, jika dahulunya kita seorang yang berpakaian tidak menutup aurat, bila berubah pakailah yang sepenuhnya menutup aurat.

Sesuaikan dengan tindakan agar akhlak terpelihara.

Jangan peduli kata orang. Buat apa yang kita rasa terbaik untuk diri dan hidup kita. Berpegang pada keyakinan yang kita mampu melakukannya.


Ingatlah...

Sejujurnya, hendak berubah, semua orang mampu. Yang jadi masalah ialah hendak tak hendak sahaja.

Kita wajib berikhtiar untuk kehidupan yang lebih baik. 

Sebab Allah Ta’ala juga tidak akan mengubah hidup hamba-Nya hingga mereka berusaha merubah diri mereka sendiri.

Sebab itu, selagi masih diberikan kesempatan hidup di dunia maka segeralah berubah sebelum semua terlambat.

Jangan menyerah dan percayalah kasih sayang Allah kepada hamba-Nya itu sangat luas.

Jika kita memiliki niat baik dengan tujuan mencari redha Allah, maka jalan ke arahnya juga akan dipermudahkan.

Nawaitu juga perlu seiring.


Perubahan yang diinginkan sebaiknya memiliki niat baik karena Allah Ta’ala. Sebab segala hal yang diawali dengan niat ikhlas maka insya-Allah hasilnya akan baik. Begitu juga sebaliknya.

Dalam hubungan ini, kerja keras dan usaha amat diperlukan.

Hendak kaya harus bekerja keras. Hendak memperbaiki iman perlu mendalami ilmu agama.

Perlu ada tindakan bukan sekedar bercakap.

Dalam perjalanan untuk merubah diri menjadi pribadi lebih baik, ada banyak cabaran yang datang. Untuk melawannya kita perlu istiqomah. 

Kuatkan hati. Teguhkan iman.

Perbanyak berdzikir dan mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala, sebab Dialah zat yang membolak-balikkan hati.

Bersama-Nya kita kuat dan usaha pasti tidak sia-sia.


🌹❤️ Suatu hal yang patut menjadi kebanggaan adalah ketika kita memutuskan untuk menjadi diri sendiri. ❤️🌹 - Kitareporters.com

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago