Generasi hari ini kebanyakan amat menitik berat penjagaan badan, malah ada kaum Adam yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk ‘membina’ badan. Golongan itu bukan sahaja mahu kelihatan sihat dan cergas tapi tampil ‘bergaya’ dengan bentuk badan yang berotot dan tegap. Tapi.... : KitaReporter.com
Golongan wanita berpandangan lelaki yang berbadan comel mempunyai keyakinan lebih tinggi daripada lelaki sado. - Gambar hiasan
Tapi tahukah anda, wanita hari ini sebenarnya lebih berminat kepada lelaki yang berbadan besar berbandingkan lelaki yang berotot.
Terbaharu,
satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat kecergasan di Amerika Syarikat menunjukkan
bahawa lelaki berbadan gempal lebih menarik perhatian wanita berbanding lelaki yang
berotot.
Kajian tersebut yang dijalankan oleh Planet Fitness dengan menjalankan soal selidik dalam talian yang melibatkan 2,000 orang responden wanita.
Keputusannya, sebanyak 70 peratus daripada jumlah responden berkenaan berpendapat bahawa lelaki yang memiliki berat badan 10 kilogram lebih daripada berat yang biasa adalah lebih menarik dan tergoda.
Majoriti kaum
hawa yang menjadi responden mendedahkan mereka lebih selesa dengan lelaki comel
berbanding yang sado.
Kajian terbaru yang dijalankan di Amerika Syarikat oleh sebuah syarikat kecergasan menunjukkan bahawa lelaki gemuk lebih menarik perhatian wanita berbanding lelaki yang berotot. - Gambar hiasan
Situasi itu
jelas menunjukkan bahawa keinginan golongan kaum Hawa untuk memiliki lelaki
yang berotot telah berubah dan ketinggalan zaman.
Keadaan ini kerana sesetengah wanita hari ini bangga memiliki suami yang ‘memiliki perut’.
Selain itu,
78 peratus wanita berpendapat bahawa lelaki yang ‘comel’ mempunyai keyakinan
yang lebih tinggi daripada lelaki yang sado.
Lebih
menarik, kaum wanita juga berpandangan golongan lelaki yang berisi lebih suka
melayan, romantik serta lebih penyayang dan lemah lembut.
Golongan wanita beranggapan lelaki yang comel mempunyai personaliti yang lebih lemah lembut dan penyayang. - Gambar hiasan
Malah, daripada
hasil soal selidik berkenaan kira-kira 80 peratus daripada wanita juga bangga
apabila berkahwin dengan golongan lelaki yang bersikap kebapaan berkenaan.
Sementara
itu, Profesor Antropologi di Universiti Yale di Amerika Syarikat, Babis Cass pula berpendapat, lelaki
comel biasanya lebih cenderung untuk membeli seluar yang lebih longgar
berbanding dengan golongan sado yang hanya mementingkan gaya semata-mata.
Katanya, pemilihan
seluar lebih besar itu akan mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk
meningkatkan kesuburan.
Dalam masa
sama, wanita pula tanpa sedar akan lebih cenderung untuk berfikir bahawa lelaki
gemuk adalah seorang bapa yang baik menyebabkan kaum wanita akan lebih tertarik
kepada lelaki seperti ini.
Namun, bagi lelaki yang bersaiz besar di luar sana jangan terlalu selesa kerana kesihatan dan kecergasan perlu dititik berat.. tidak kira gempal atau sado setiap manusia yang dilahirkan memiliki kelebihan dan tarikan tersendiri.
Pastikan akan ada
si dia yang terpikat, yang penting ketulusan cinta yang dicurahkan. - KitaReporter.com