ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi.
Kongsi minda, bersih jiwa.
Renungan.
Padan pakaian dengan badan
Adab pun kena jaga
Penampilan bukan setakat cantik
Semua wanita akan melakukan apa saja untuk menjaga penampilan supaya selalu menarik dan tampak cantik.
Walau penampilan dalaman dikatakan lebih penting dari penampilan luaran, realitinya penampilan luar lebih berpengaruh dalam diri manusia.
Penampilan bukan sekadar menjaga rupa paras tetapi juga tingkah laku dan tutur kata serta kebersihan diri.
Buat apa cantik wajah, cantik pakaian jika mulut dan badan berbau. Rambut tidak berjaga dan terurus.
Oleh itu, sangat penting menjaga kebersihan diri, supaya kita akan tampil harum dan segar serta meningkatkan keyakinan diri.
Sisi menarik dari diri dalam diri juga akan terpancar.
Wanita yang bijak dapat merawat diri sendiri secara sempurna.
Menjaga cara berpakaian agar sentiasa sedap mata memandang.
Pakaian membantu melonjak kepercayaan diri serta membuatkan orang yang mendekati kita selesa.
Kadangkala kita tidak tahu bawa diri dalam penampilan.
Jangan hendak bergaya tapi di hadapan orang terkial-kial membetul pakaian yang sendat dan terdedah.
Pakailah baju yang sesuai dengan fizikal kita. Yang selesa dan tidak cacat di mata orang.
Jangan ikut orang, kalau ditegur, malunya kita. Orang hanya ketawa.
Senyum juga termasuk dalam penampilan.
Malah akan menampakkan seseorang wanita itu lebih kelihatan menarik secara keseluruhan.
Akan tetapi biarlah senyum yang ikhlas bukan paksaan.
Berbudi bahasa dengan orang juga antara penampilan.
Wanita yang elok pekertinya dan ramah akan disukai orang dan tampak cantik di hati yang mendekatinya.
Penampilan ibarat apa yang kita pakai. Ia cerminan diri
Ingatlah..
Penampilan sebagai seorang wanita akan terlihat makin baik dan menarik apabila kita belajar mencintai diri sendiri.
Jangan risau gemuk atau kurus kerana perkara remeh seperti inilah yang akan membuat keyakinan diri menurun dan penampilan menjadi kurang diberi perhatian.
Oleh itu, jadikan penampilan diri sebagai perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian.
Cantik di luar, cantik di dalam.
Orang akan senang melihat kita yang selalu berpenampilan bersih, rapi dan terurus serta beradab dalam kehidupan seharian.
Tidak perlu untuk mengenakan pakaian yang mahal berjenama untuk tampil menarik. Hanya cukup dengan memilih pakaian yang sesuai dengan diri dan sesuai dengan suasana kita berada.
Jangan lupa, penampilan yang terbaik adalah ketika wanita itu menjaga maruah dan aibnya serta yakin dengan fitrah Allah terhadap kaum Hawa.
❤️🌹Hargai erti cantik. Tapi sematkan di hati, cantik di mata manusia tidak sama dengan cantik di sisi Allah. 🌹❤️