Santai 06 Feb, 2020

BIAR BETUL, ABBY SERTAI ELITE BUAT KONSERT!!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this
BARU-BARU ini saya berpeluang bertemu dengan Azza Elite dalam satu majlis yang diadakan di Kelang, Selangor. Azza memberitahu khabar gembira iaitu kumpulan Elite dijangka bakal mengadakan konsert  pada September 2020 nanti. : KitaReporter.com

AZZA begitu teruja untuk menjayakan konsert dengan Elite pada September akan datang. - Foto-foto Khadijah Ibrahim


Kata Azza, mengikut perancangan, konsert tersebut akan dianjurkan oleh pihak KRU Music. Kumpulan lain yang dijangka turut serta adalah 4U2C dan Nico G serta kumpulan muzik era 90-an yang lain.

“Hari tu ada meeting dengan Datuk Norman, saya tak dapat pergi dan minta Linda wakili Elite. Dengar khabarnya akan ada konsert Elite bersama artis lain, kumpulan yang seangkatan dengan kami.

“Andai perancangan untuk konsert itu berjalan lancar, Elite akan tampil dengan anggota asal iaitu saya, Linda, Sasha, Watie dan Abby. 

"Insya-Allah Abby akan turut serta, bukan mudah tau nak ajak dia sertai kami balik,” ceritanya cerita.

Tambah Azza, biarpun ketika itu Sasha sudah menetap di luar negara, kakak kepada Zain Saidin itu akan kembali menjayakan konsert bersama rakan-rakan lain.

“Mesyuarat dengan Datuk Norman berlaku sebelum Sasha nikah dan semua teruja nak buat konsert itu. Sudah pasti Sasha akan balik untuk konsert itu.

Kumpulan Elite. - Kredit foto FB Kumpulan Elite (https://www.facebook.com/KumpulanElite/)


“Sekarang ini pun Elite masih mendapat tawaran persembahan pentas. Walaupun ada masanya tak lengkap semua anggota tapi kami tetap pergi.

“Elite ada buat persembahan dengan Watson, dua tiga kali juga. Bila ada yang panggil, Elite tetap pergi walaupun tak lengkap. 

"Begitu juga waktu kami masuk Gegar Vaganza (GV), Watie tak sertai sebab dia hati tisu.

“Kami ni jenis hati kental, orang nak komen apa redah saja. Elite sertai GV sebab nak kekalkan nama kumpulan kami dalam industri ini. 

"Alhamdulillah, lepas GV orang sudah mula pandang kami semula. Sebab itu kalau ada undangan, siapa yang free akan ikut termasuklah Watie,” katanya.

Azza yakin kumpulan Elite ada kekuatan tersendiri dan rata-rata anggotanya mempunyai pengikut yang ramai dan secara tak langsung membantu perjalanan kerjaya mereka.

“Saya masuk GV sebab nak kekalkan nama Elite saja. Kalau keluar awal pun tak kisah. Tengok saja Ayda Jebat, dia keluar awal dalam Akademi Fantasia tapi tengok macam mana dia berjaya kekalkan dirinya dalam pasaran.

“Mula-mula mereka malu juga nak masuk GV, saya kata pedulikan kata orang. Kita nak sertai ini untuk langkah seterusnya. Kita nak bantu antara satu sama lain. 

"Ternyata perancangan kami berjaya dan alhamdulillah tawaran persembahan tak putus,” kata Azza.

Selain bergerak bersama Elite, Azza juga bergiat solo sebagai pengacara pentas. 

Sekarang ini kata Azza, beliau terikat dengan  program Cik B Vaganza Food Fest yang berlangsung di Johor Bahru, baru-baru ini.

Katanya, pada 25 hingga 28 Februari 2020, karnival itu akan berada di Putrajaya dan seterusnya ke Pulau Pinang.

KINI Azza menjadi duta Deedat Air Care yang diasaskan oleh Norazlina Yaakob (tengah) dan suami, Rosman Kadir.


“Saya menjadi pengacara bersama Roslan Shah dan Bocil. Kami gelarkan kumpulan kami SIM iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia.

“Sekarang ini, kalau salah seorang dapat tawaran, kami akan tawarkan SIM kepada penganjur. Kumpulan SIM bukan setakat mengacara kerana kami boleh menghibur penonton,” katanya yang bakal berlakon dalam drama Juliet terbitan Zeel Production.

Sementara itu, Azza melahirkan rasa syukur kerana beliau mendapat kepercayaan pengasas Deedat Air Care, Norazlina Yaakob atau Gina untuk menjadi duta produk tersebut.

Kata Azza, beliau bersedia menerima tawaran daripada Gina kerana yakin dengan pewangi kereta dan rumah Deedat Air Care yang bebas dari toksin itu.

BERSAMA stokis Deedat Air Care pada majlis pelancaran produk tersebut di Klang, baru-baru ini.


“Saya terima tawaran Gina kerana dalam keadaan sekarang saya tak boleh nak memilih sebab artis ramai. Bila diberi peluang dan kepercayaan, saya terima tawaran ini dengan hati terbuka.

“Lagipun saya dah cuba letak dalam kereta dan di rumah, harumannya kekal lama kerana 100 peratus dibuat daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan kayu-kayan.

“Apa yang penting, produk ini bebas dari kimia, alkohol dan methanol. Deedat Air Care ini ada enam haruman iaitu Vanilla, Downy Air Care, Green Apple, Honeydew Sweetheart, Sakura dan Coffee Toffee,” jelas Azza tentang kelebihan produk tersebut. - KitaReporter.com

5
1
0
1
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago