Santai 02 Mar, 2020

TAK RUGI TOLONG! KAWAN AKRAB JADI ADIK IPAR

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters


Renungan

Tolong menolong amalan murni

Ikhlas berbakti dari hati

Tidak kita siapa dan dari mana

Semoga Allah sentiasa memelihara

Tak rugi menolong orang

Berpenat lelah siang dan malam

Sampai waktu balasan kan ada

Kerana Allah sentiasa memberi

Pernahkah anda menolong orang?

Mesti pernahkan? Tentu ada kenangan manis juga kan?


Seperti yang ingin di kongsi oleh Ema tentang pengalamannya membantu seorang hamba Allah yang kemalangan.

Masa tu kata Ema dia dalam perjalanan ke kampung melalui lebuh raya Karak.

Melihat kemalangan itu saya berhenti. 

Seorang gadis berusia 25 tahun bernama Mimi cedera kerana keretanya terbabas dan melanggar penghadang jalan. Mujur dia cedera ringan.

Selesai urusan tunda kereta Ema membawa Mimi ke hospital untuk rawatan pesakit luar. Ema kemudian menghantar Mimi ke rumahnya kerana kampung mereka berdekatan.

Hubungan mereka jadi akrab....

Dan dengan izin Allah Mimi akhirnya menjadi adik ipar Ema.

Betapa hebatnya aturan Allah. Alhamdulillah.


Iktibar dari kisah ini.

Setiap manusia yang ditakdirkan oleh Allah di dunia mempunyai nasib yang berbeza. Ada kaya, miskin, kuat, lemah, sihat, pintar dan sebagainya.

Hakikat nasib yang berbeza sebenarnya ialah Allah mahu kita semua sentiasa tolong-menolong dalam semua perkara.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa- Nya.

Surah Al’Ma’idah :2

Indahnya dalam beragama bila kita semua saling tolong-menolong dalam melakukan semua aktiviti dan memudahkan setiap urusan yang akan dilakukan.


Antara hikmah yang tersembunyi dalam tolong-menolong ini ialah;

Ada orang susah yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, ada orang yang tidak mempunyai kenderaan, ada orang yang bersedih kerana kehilangan dan sebagainya.

Sebagai saudara sesama Islam, samalah kita membantu mereka. Mana tahu di pengakhiran sujud daripada orang yang ditolong itu ada doa ikhlas darinya untuk kita.

Tiada siapa di dunia orang yang tidak suka kepada kebaikan, kerana semua orang suka akan kebaikan.

Setiap kebaikan yang dibuat akan membuahkan jalinan perhubungan yang baru iaitu persahabatan ataupun makin mengeratkan hubungan kita

Persahabatan yang dibuat dengan niat iklas untuk membantu seseorang akan membuatkan hubungan lebih bermakna dan dirahmati Allah SWT.


Tiada insan yang suka bersendiri dalam dunia ini. Semua orang perlukan kawan untuk melengkapkan diari kehidupan ini.

Semakin banyak pertolongan yang dihulurkan semakin ramai kawan atau kenalan yang akan kita kenali.

Setiap kerja yang dilakukan akan lebih ringan bebannya sekiranya dikongsi bersama dengan rakan sekerja atau sahabat handai yang menyenangkan kita.

Oleh itu, dalam melengkapkan perjalanan menuju ke akhirat ini marilah kita melakukan kebaikan dengan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan untuk meraih kasih sayang Allah yang tersembunyi ini.

Walaupun pertolongan itu dirasakan kecil oleh kita, lakukanlah kerana ianya memberi makna yang cukup besar kepada penerima pertolongan kita itu.


🌹❤️ Kebaikan pasti berbalas kebaikan. Jika bukan untuk kita, insyaAllah untuk anak cucu dan keluarga kita di kemudian hari. Aamiin. ❤️🌹 - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago