Santai 06 Feb, 2020

CANTIK KAMU DIK!! PERSIS MODEL PROFESIONAL..

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: ainalmarhaton63@gmail.com

Share this
Tanpa memperdulikan mata yang memandang, si cilik mengatur langkah dengan penuh bergaya  persis model profesional membuatkan hampir 1,000 tetamu terpaku di kerusi masing-masing sehingga pertandingan berakhir. : KitaReporters.com

Si cilik yang bertuah menerima sijil penghargaan 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya dan begitulah halnya dengan kebijaksaan dan ketertiban 64 model cilik menyusun langkah dengan tenang dan teratur di pentas peragaan ketika menyertai pertandingan Little Miss Malaysia 2020 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Teluk Sisek, Kuantan, Pahang pada 18 Januari 2020.

Peragawati cilik ini tidak bersendirian sebaliknya berkongsi pentas bersama peserta lain iaitu 64 pereka fesyen dan 64 jurusolek seluruh Malaysia dengan penampilan yang begitu menyerlah sekali. 

Tiada perasaan takut, gentar atau terkejut ketika lensa kamera fokus kepada mereka, sebaliknya menambahkan semangat untuk melakukan yang terbaik. 

Ternyata, sokongan dan tepukan gemuruh yang diberikan menjadikan mereka lebih yakin dan tenang kita mengatur langkah.

Walaupun bukan kalangan profesional yang terkenal tetapi mereka mempunyai pengalaman yang bukan sedikit, malah ada yang setanding dengan mereka yang sealiran.

Comel adik ni bergaya

Lagak si cilik persis model profesional

Model cilik memperagakan pakaian yang cantik persis sang puteri


Pengarah Urusan Razman Production yang juga penganjur pertandingan, Mohd Razman Ghazali berkata, semua 192 peserta itu bertanding mengkut kategori masing-masing dengan diadili tiga juri profesional.

"Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Designer/Jurureka, Make Up Artist, Little Miss A dan Little Miss B.

"Majlis ini mendapat sokongan menggalakkan daripada peserta dan ibu bapa peserta yang terbabit. 

"Saya sangat berpuas hati kerana keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga juri profesional yang diundang telah mendapat maklum balas positif kalangan tetamu yang hadir," kata Razman.

Mohd Razman dan isteri Elta Suraya Putri Herman di pentas peragaan Little Miss Malaysia 2020

Razman berkata, beliau telah membelanjakan hampir RM65,000 termasuk hadiah wang tunai berjumlah RM14,000 berserta sijil dan piala bagi menjayakan program berkenaan.

Menurutnya, program berkenaan akan diteruskan dalam musim kedua di lokasi lain seperti Kuala Lumpur sebelum diangkat ke persada antarabangsa iaitu Little Miss Asia pada masa depan.

"Little Miss ASEAN akan mengumpulkan juara dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos dan Kemboja di bawah satu bumbung peragaan dan di situ kita akan mengangkat Little Miss Cilik," katanya.

Program menerima tajaan utama daripada pelbagai pihak termasuk Emas Ariffin Sdn Bhd, Sunshine Cosmetik, Asri Bridal, Z Katering, Terlior Cafe, Nuraimanaziz Boutique, Dahlia Jasmine Management dan Twinlight Bridal Gallery. - KitaReporters.com

6
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago