Santai 15 Nov, 2019

BAHAGIA PERLU DICARI, TAK DATANG SENDIRI..

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat hari Jumaat yang barokah, penghulu segala hari. Kongsi minda, bersih jiwa.


Renungan.

Jangan ragui pasangan

Bahagia perlu dicari

Ia tidak datang sendiri

Nikmatilah seikhlas hati

Hendak bahagia bukan boleh terus jadi serta-merta.

Tidak kira dalam rumah tangga atau keluarga.

Mesti ada cara, tidak boleh tunggu.

Tapi perlu dicari, digali.


Perhubungan bukanlah sesuatu yang mudah.

Banyak cabaran dan rintangan.

Kebanyakan orang yang bahagia kerana mereka banyak berusaha, saling memahami, dan memiliki kesabaran yang tinggi untuk mencapai bahagia itu.

Biarpun bahagia itu subjektif, ia sangat sempurna untuk sebuah kehidupan terutama buat pasangan suami isteri.

Ramai yang tidak bahagia dengan hubungan mereka kerana mereka tidak ingat berapa kali mereka berusaha untuk mengekalkan hubungan agar sentiasa bahagia apabila berlaku masalah.

Bergaduh, tetapi tidak akan melampaui batas adalah rencah dalam rumah tangga, ia sebahagian daripada perhubungan yang sihat.

Bergaduh itu normal.

Namun apa yang membezakan dengan hubungan bahagia ialah kawal jangan sampai melarat.


Setiap pasangan perlu ingat, menghina satu sama lain atau mengungkit masalah lama tidak perlu sama sekali. 

Tetapi lebih manis jika berusaha dan berbincang secara baik tanpa melukakan perasaan pasangan.

Pada masa sama, memuji satu sama lain juga kaedah terbaik menjaga keharmonian pasangan.

Memberi pujian ikhlas dan ringkas sebenarnya memberi kesan yang sangat mendalam.

Jangan malu, itu hak anda yang tidak patut dipersiakan.

Setiap hari pujilah mereka.

Bukan hanya tentang paras rupa, tetapi juga masakan, hias rumah atau lain lain yang perlu.

Pujian membuatkan pasangan merasa mereka di hargai.

Beri hadiah juga salah satu cara mencari bahagia.

Pada masa sama, fokus kepada perkara positif, bukan negatif.

Ia membantu pasangan menikmati bahagia yang berpanjangan.

Ini juga satu sikap yang meningkatkan kehangatan, kemesraan dan perasaan kasih sayang di antara pasangan.

Dan tentunya agama menjadi petunjuk kebahagiaan azali. 

Bahagia dunia akhirat.


Ingatlah...

Pasangan bahagia tidak takut atau malu menunjukan kemesraan mereka terhadap satu sama lain di tempat umum asalkan tidak keterlaluan.

Pegang tangan pasangan dan peluk mereka akan membawa hubungan anda dan pasangan lebih mesra.

Pasangan yang bahagia akan berterus terang dengan apa yang mereka perlukan.

Mereka tidak akan menjadikan pasangan dalam keadaan serba salah.

Sentiasa berharap pasangan faham keperluan antara sama lain dan bersikap terbuka.

Selalu berusaha untuk mengutamakan masa bersama dan berterusan membaiki dan meningkatkan kualiti hubungan adalah tindakan terbaik.

Jangan tunggu sampai kehilangan nilai keseronokan dan semangat untuk lebih berkasih sayang dalam perhubungan.

Jangan meragui kesetiaan pasangan tanpa bukti.

Ingatkan pasangan, kalian di pihak yang sama dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Jaga hati masing masing.

Memberikan pasangan anda kelebihan untuk tidak meragui adalah kekuatan kepada hubungan yang bahagia.

Pandai menjaga hati pasangan akan melengkapkan sebuah kebahagiaan yang berkekalan dan mendapat keberkatan Allah.


❤️🌹 Saat sedih, kita rindu. Saat sendiri kita sunyi... Tetapi paling manis saat bahagia yang menyimpan sejuta rasa. ❤️🌹


1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago