Santai 14 Mar, 2020

[VIDEO] CIK B NAK JADI RAPPER! NAK HASIL LAGU

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this
Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Nur Edlynn Zamileen Mohammad Amin atau lebih mesra dikenali Cik B ingin menghasilkan lagu yang berentakkan irama rap, sekali gus menjadi penyumbang suara dalam lagu tersebut. : KitaReporters

Kredit foto: IG Cik B @cikb_havoc66


Dia memberitahu hajatnya kepada ibunya dalam satu video terbaru yang dimuat naik oleh Datuk Seri Vida dalam Instagram (https://www.instagram.com/datoserivida/).

DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman berasa terkejut dan teruja dengan perkhabaran yang didengarnya dari mulut Cik B yang mahu menceburi bidang muzik. 

Cik B yang berasa minat terhadap kerja-kerja penghasilan serta mengubah lagu, bernyanyi dan rap menjadikan hajatnya ini sebagai platform besar mengejar impiannya untuk bergerak lebih serius dan berjaya. 

Penghasilan video-video parodi melalui aplikasi Tiktok dan Smule menguatkan lagi tekad anak kepada jutawan itu untuk menghasilkan karya tersendiri selain membina empayar kariernya yang diidam-idamkan selama ini. 


"Ma ma ma... Cik B nak buat lagu cuba mama cadangkan Cik B nak buat lagu macam mana? 

"Kenapa Cik B nak buat lagu, sebab Cik B nak menyanyi. Cik B nak buat lagu rap tapi bukan rap. Tapi ini rap luar biasa, boleh ke? 

"Klunya adalah 'bush...' ", ujar Cik B dalam video tersebut. 



Kredit foto: https://www.instagram.com/cikb_havoc66/


Sementara itu, respons-respons netizen menyokong sambil memberikan kata-kata semangat kepada Cik B untuk melakukannya sedemikian dengan prestasi minatnya yang mendalam dan membuak-buak untuk menjadi rapper. 

Cik B yang diberi pujian oleh netizen memiliki alunan suara yang baik, bertenaga dan style memberikan laluan yang selamat untuk pengguna maya berterus-terusan untuk menyokongnya. 

Komen-komen netizen dalam Instagram DSV di @datoserivida (https://www.instagram.com/tv/B9ovOSZAVVd/


"Semoga dipermudahkan hajat Cik B. Suka tengok dsv, figura yang hebat sebagai seorang insan. Ibu yang hebat dan gigih tidak jemu memberikan semangat kepada anaknya. 

"Pernah dengar Cik B nyanyi dan rap, best! Boleh pergi dengan lebih jauh mengalahkan rappers di Malaysia. 

"Suara Cik B best, ada peluang pergi jauh. We support u Cik B! Go go go go..." , antara komentar netizen. 

Tidak kurang juga ada yang cuba membanding-bandingkanya dengan suara Aliff Syukri yang disifatkan suara Cik B jauh lebih hebat, tidak ketinggalan dan moden apabila mendendangkan lagu.

Aliff yang masih lagi dikecam netizen menjadi 'bola tanggung' pengguna maya yang meluat dengan apa yang dimuat naik sebelum ini ke media sosial. 

"Sanggup lagi dengar Cik B nyanyi dari dengar Datuk Aliff Syukri nyanyi. 

"Confirm better dari lagu-lagu Datuk Alif Syukri tu, lepas tu dia (Alif Syukri)  koyak pulak", tulis dari posting berkenaan. - KitaReporters


2
14
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago