GARA-GARA pandemik Covid-19, ramai orang melakukan pembelian panik terutama selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan mulai Rabu, 18 Mac 2020. Habis kosong rak-rak di pasar raya utama negara. : KitaReporters
Kredit foto: IG Lee Chong Wei (https://www.instagram.com/leechongweiofficial/)
Tidak terkecuali, jaguh badminton tanah air Datuk Lee Chong Wei, yang diminta isterinya untuk membeli barang keperluan.
Kredit foto: IG Lee Chong Wei
Chong Wei bagaimanapun terkejut apabila pengunjung kebanyakannya makcik-makcik 'berlumba troli' di dalam pasar raya.
Beliau juga terlambat mencapai tisu tandas yang 'laku keras' diborong sejak wabak itu menyerang.
"Ternganga tengok mamat depan saya tapao 10 bungkus tisu tandas! Banyaknya jubur kat rumah," tulisnya di Instagram.
Chong Wei juga akui bahawa tisu tandas menjadi barang keperluan yang sangat penting terutama ketika mengharungi pandemik sebelum ini kerana air tidak bersih dan impak terhadap psikologi masyarakat.
Oleh itu, Chong Wei menyeru kepada masyarakat supaya tidak cemas menghadapi krisis ini.
Kredit foto: IG Lee Chong Wei
"Simpanlah makanan, tapi berpatutanlah bilangannya. Dan saya minta tolong supaya semua duduk di rumah.
"Jangan keluar rumah buat sementara ni. Jangan balik kampung macam cuti raya," pesannya.
Ingatlah insan tersayang. Mungkin kita tidak sedar kitalah pembawa Covid-19. - KitaReporters
Laporan dan statistik terkini boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus