"KALAU pergi Kuala Kubu... Tulis nama atas batu...." Pernah tengok karya filem Mohabbatein. Tulis nama dan cinta pada sekeping daun kering yang menjadi satu mesej tersirat untuk seorang lelaki berjuang mempertahankan cintanya yang tidak direstui mentuanya. : KitaReporters.com
Kredit gambar: style.tribunnews
Dari situ, orang mula menjadikan apa saja untuk tempat meluaskan perasan.
Lukisan di dinding bangunan dipanggil seni lukis tembok dan sesekali disebut sebagai vanderlisme. Banner di tepi lebih raya yang dibayar berjuta-juta ringgit juga sebahagian daripada cara berkomunikasi dengan orang ramai.
Selain itu, ada juga macam-macam cara lain yang orang buat untuk meluahkan perasan.
Ada yang menghantarnya menerusi medsos (media sosial), WhatsApp dan sekeping nota.
Kalah orang zaman purba menulis berkeping-keping kertas kajang ketika meluahkan perasan cinta kepada pujaan hatinya.
Dulu ada dairi yang menyimpan segala koleksi surat cinta, gambar dan cenderamata pemberian orang-orang tersayang.
Bila bersendirian, baca balik dairi bagi mengembalikan nostalgia dan kisah kita untuk 'pemberitahuan' bagi anak cucu.
Dulu dunia penulisan seperti air mengalir ke laut khazanah ilmuan. Orang menulis bukan nama tetapi menyebarkan pengalaman, pengetahuan dan pandangan.
Bila ada buku yang mengkisahkan perihal isu dunia, kita buka minda pembaca berfikir sejenak tentang apa yang kita tulis dan dikiaskan.
Sumber gambar dari FB
Anehkan, dunia kian berputar tapi kita memilih untuk mencipta pelbagai trend untuk menyuarakan perasan, marah, sakit hari, sindiran dan bantahan serta mogok.
Makin maju dunia bergerak, kita semakin 'malas' untuk menulis dan membaca.
Kita memilih untuk menonton dan mendengar orang bercakap termasuk iklan dan ceramah politik dalam telefon bimbit.
Gambar dari FB Nawawi Mohamad
Semua mahu cepat. Video call sudah menggantikan penulisan.
Televisyen kian menjadi produk yang ketinggalan zaman. Anak-anak kecil sekarang lebih suka diberi iPad atau telefon untuk memilih filem dan rancangan kegemaran mereka. Anak boleh skrol dan pilih filem kartun atau permainan dan tonton pada bila-bila masa.
Bayangkan dulu, kita biarkan anak-anak makan di depan televisyen kerana mereka tidak mahu ketinggalan siri yang sedang ditonton.
Sekarang, orang lebih memilih YouTube, Snapchat, Twitter, Instagram dan Facebook untuk tatapan di mana saja berada.
Bukan lagi hanya boleh akses di ruang tamu macam dulu atau kena tunggu waktu siaran filem superhero Batman, Superman dan Marvel Avengers.
Gambar dari Facebook
Di mana-mana saja ada kesempatan, buka saja telefon bimbit duduklah selama mana anda mahu.
Sebab itu ada kes budak meninggal dunia kerana bermain permainan konsol Playstation, Xbox dari kaca televisyen sehingga yang dibuat dalam bentuk telefon bimbit.
Contohnya, Player Unknowns Battlegrounds (PUBG) yang kini dikatakan disukai oleh 90 peratus muda-mudi. Ia adalah rangkaian permainan yang disertai ramai orang.
Permainan perang itu, diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat permainan video Korea Selatan, Bluehole.
Sumber Facebook
Gambar FB
Dan terkini muncul satu lagi trend yang berkaitan dengan penggunaan Facebook.
Tulis ayat apa saja di atas kadbod dan muat naik dalam FB. Ia macam surat berantai, akan ada orang yang saling menulis mesej yang hendak disampaikan.
Dan dari semasa ke semasa, kata-kata anda itu dijawab dalam bentuk sindiran atau sokongan.
Komunikasi alam maya ini nampaknya lebih mudah dan ringkas. Tanpa mengira anda siapa, kita 'berbual' dengan sekeping kadbod, tentang perasan kita.
Mahu mencari jodoh, mengorat suami orang atau sekadar luahan rasa gembira dengan berita atau perniagaan kadbod anda untung besar.
Orang yang baca pun boleh dapat rasa semua perasaan tu kalau kita menulis dari hati yang ikhlas. - KitaReporters.com
Sumber FB