Santai 25 Jan, 2020

SAYA TOLONG EMAK CARI DUIT BELANJA - ANAK

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Menulis Dari Jiwa... Renungan

Melentur buluh biar dari rebung. Sayangkan anak tegur tegurkan. Mereka umpama kain putih. Di tangan ibu bapa terletak coraknya

Sejuk perut ibu mengandung. Bila anak terdidik sempurna. Akhlak terbina, budi tersemai. Semoga membesar dalam bahagia


Demikian intipati perkongsian hari ini. Kisah dari Zati yang mencuit rasa. Cerita tentang hero kecil bernama Amin, 12 tahun.

Murid darjah enam ini ditemui Zati sedang mengutip botol dan tin minuman di sebuah taman permainan. Lincah dia bekerja sambil mengheret guni berisi botol dan tin.

Melihat kegigihannya, Zati menyapa. Niat bertanya kenapa dia mengutip botol dan tin.

"Saya nak tolong mak cari duit belanja." Jawapan yang meruntun hati Zati.


Amin, anak sulung 3 beradik tinggal bersama ibu dan 2 adiknya di sebuah flat berhampiran. Ibunya bekerja di sebuah restoran dengan gaji cukup makan untuk menyara mereka berempat. Ayahnya baru 6 bulan meninggal dunia.

Kata Amin walau pendapatan tak seberapa, sekurang kurangnya dia dapat meringankan beban ibunya untuk belanja dapor dan sekolahnya.

Daripada buang masa, dia keluar ke kawasan taman di situ mengutip botol setelah balik sekolah. Anak yang sangat matang sebelum usia.

Kata Zati, Amin anak yang baik. Hormat orang. Pandai ibunya mendidik dia menjadi anak yang bertanggungjawab. Anak yang ada hati dan perasaan.

Semoga Allah merahmati Amin dan keluarga serta memurahkan rezeki mereka.

Terima kasih Zati berkongsi kisah Amin.


Iktibar dari kisah ini

Didikan untuk anak anak bermula dari rumah. Sikap ibu bapa cerminan anak anak, apa ibu bapa buat anak anak akan ikut.

Jangan manja anak berlebihan. Ajari mereka dengan kepayahan agar mereka belajar untuk hidup. Bagi didikan dunia dan akhirat.

Semaikan aura positif ke dalam diri mereka. Tegur apabila mereka buat silap.

Kenali kawan-kawan mereka, ke mana mereka pergi dan dengan siapa.

Sentiasa habiskan masa berkualiti dengan mereka. Sokong minat mereka, lebihkan berkomunikasi dengan mereka supaya mereka rasa disayangi.


Kisah Amin jadikan contoh. Satu dalam seribu! 

Bahagia anak bahagia ibu. Gembira anak, gembiralah ibu. Hati anak, dibaca ibu. 

Hati ibu, hanya Allah yang tahu.

❤️🌹 Mengingatkan diri saya dan anda juga tentang tiga perkara yang perlu dicari... Ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan anak yang soleh dan solehah. ❤️🌹 - KitaReporters.com
1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago