Santai 09 Feb, 2020

MELAWAK DEMI AUDIENS, MENANGIS SEBAB ANAK

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

TIAP kali Vicha Saywho, muncul dalam program komedi, ada saja bahan lawak yang dipersembahkan. Terkekek-kekek kita ketawa melihat gelagatnya bersama anggota J-Born kerana bukan senang nak buat orang ketawa. : KitaReporter.com

VICHA sering membuat orang ketawa tapi hatinya sedih tiada siapa yang tahu. - Foto IG Vicha.


Biarpun beliau dikenali sebagai pelawak serba boleh, namun di sudut hatinya, Vicha masih lagi seorang wanita yang lemah. Tiada siapa yang tahu, ada ketikanya Vicha akan menangis keseorangan. 

Kata Vicha, beliau menangis kerana mengenangkan nasib dirinya yang keseorangan di perantauan demi mencari rezeki untuk keluarga tercinta.

Bila berjauhan, beliau sentiasa merindui tiga orang anaknya, Aurael Angelia Khezya, 11; Listya Arum Tresnasih, 9; dan Michelle Averina Calysta, 7.

Vicha yang nama sebenarnya, Refika Norvianti Faturohman, 32, berkata, ketiga-tiga puterinya dijaga oleh Ibunya, Tuti Haryati di Bandung, Indonesia.

“Perancangan untuk bawa anak-anak menetap di sini (Malaysia) sudah ada sejak dulu. Itu yang buat saya rasa sedih. Saya cari duit, untuk siapa kalau bukan untuk anak.

“Bila pulang ke rumah (Bandung) tengok anak-anak dah besar. Sebab itulah saya selalu nangis. 

"Depan orang saya boleh gelak buat orang happy tapi orang tak tahu apa yang saya rasa dalam hati, sama ada sedih atau apa.

“Saya rasa sedih sebab saya boleh bagi duit tapi kasih sayang saya tak dapat berikan kepada anak-anak sebab jarak yang jauh. 

"Kawan-kawan anak ingat nenek mereka adalah mama, sebab mereka panggil ibu saya mama. Mereka panggil saya ambu (mama dalam Bahasa Sunda),” jelasnya sebak sewaktu ditemui pada majlis pelancaran teater Korupsi Dewan Semandung, di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

MAMPU memberi wang ringgit tapi Vicha tetap sedih kerana berjauhan dengan anak, Aurael.


Menurut Vicha, beliau pernah mohon untuk sekolahkan anak-anaknya di sekolah Indonesia yang terdapat di sini tapi pihak sekolah mahu permit kerjanya untuk jangka masa setahun.

Selain itu, Vicha juga pernah mohon untuk mendapat PR (permanent resident), tapi sering kena tipu dengan ejen dan sebab itulah sehingga kini, beliau tidak dapat membawa anak-anaknya ke sini.

“Saya sudah pernah mohon kat sekolah Indonesia di sini, tapi pihak sekolah tetap mahu saya punya permit kerja setahun, minimum. 

"Nak buat PR pun susah sebab dah banyak kali kena tipu dan ada rasa serik juga.

“Saya kerja mati-matian, lepas tu dah dapat duit dan nak buat PR, kemudian ditipu dengan kawan sendiri dan ditipu oleh ejen. 

"Dah tiga kali kena tipu. Belas-belas ribu juga. Bila kita terlalu percaya dengan orang, itulah jadinya.

“Saya tahu buat PR tu bukan murah, tapi bila pergi pejabat imigresen, mereka kata jangan percaya ejen. 

"Memang betul, cuma bila ejen beritahu yang dia (ejen) pernah buat untuk orang ini dan orang tersebut mengaku buat dengan ejen tersebut dan sebab itu saya buat dengan ejen tu.

“Bila sudah yakin, saya bagilah deposit, RM3,000. Awak-awal okey, ejen bagi dokumen untuk saya isi. Kemudian bila buat susulan lagi, lama-lama saya kena block. Itu kawan sendiri yang tipu saya.

“Nak urus benda itu sampai sekarang masih tertanya-tanya dengan imigresen macam mana nak buat bagi memudahkan saya bekerja dan bawa anak-anak ke sini,” katanya yang sudah bekerja di Malaysia sejak 2011.

Tambah Vicha, beliau sedikit kesal kerana awal-awal dulu tidak terfikir untuk untuk mohon PR seperti rakan-rakan lain. 

Sekarang ini bila peraturan semakin ketat, agar sukar untuk beliau memohon.

“Sayangnya dulu saya tak terfikir nak buat. Sekarang ini undang-undang lebih ketat. Dulu masa 2011 hingga 2012 banyak kawan saya yang dapat PR. Sekarang ini bila ada peraturan baharu ia agak susah sikit,” jelasnya.

SERING kena tipu dengan ejen untuk membuat dokumen bagi mendapatkan PR.


Meskipun perasaan rindu seorang ibu kepada anak-anaknya tak terbatas, namun Vicha sedikit lega kerana setiap bulan Ramadan, anak-anaknya akan datang ke sini selama sebulan.

“Sekarang ini, tiga bulan sekali saya akan balik ke Bandung untuk tempoh tiga hari dan kemudian datang semula ke sini. Semua itu bergantung kepada tawaran kerja, kadang-kadang dua bulan sekali saya balik.

“Nasib baik sekarang ini ada video call, hari-hari berbual melalui telefon saja. 

Sekarang kan ada IG, saya tahu anak-anak buat apa bila tengok IG story mereka. Dari situ saya pantau. Adik dan mama yang jaga mereka selalu beritahu saya tentang persekolahan mereka,” katanya syukur kerana mendapat bantuan daripada ibu dan adik.

Kahwin lelaki tempatan, selesai masalah

Bila diberi cadangan agar Vicha bernikah dengan lelaki tempatan bagi menyelesaikan masalahnya itu, sambil ketawa beliau berkata, idea itu pernah disuarakan oleh rakan-rakannya.

Bagaimanapun Vicha bukanlah jenis orang yang suka mengambil jalan mudah untuk selesaikan masalah yang dihadapi. 

Beliau berkata, perceraian dulu masih lagi berbekas di hati dan sebab itu, Vicha lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

MULA bekerja di Malaysia sejak 2011 dan kini sering bergandingan dengan J-Born.


“Saya pernah gagal dengan lelaki Malaysia, banyak kali. Kesan perceraian masih lagi terasa hingga kini. Jadi prinsip hidup saya, seorang wanita serba sempurna apabila dia sudah bernikah dan mempunyai anak.

“Bagi saya, diri saya sudah sempurna kerana telah melahirkan anak dan pernah bernikah. Saya tidak mahu kecewa lagi untuk kedua kali disebabkan lelaki. Kasih sayang kita boleh dapat dari mana-mana.

“Memang saya ada kawan rapat tapi saya bataskan sebagai kawan saja, saya takut untuk menjalin hubungan serius sebab saya pun dari keluarga berantakan. Saya masih ada dendam juga kenapa saya lahir daripada keluarga yang bercerai-berai.

“Kadang dalam hati ada rasa tertanya-tanya kenapa saya tak macam orang lain yang boleh raya bersama ibu bapa. Saya tak pernah rasa itu semua kerana ibu bapa bercerai ketika saya umur setahun. 

"Saya tak pernah rasa kasih sayang bapa atau berjalan bersama ibu bapa,” kongsi Vicha tentag isi hatinya.

BERSYUKUR...rezeki Vicha di Malaysia tidak pernah putus.


Mendengar luahannya itu dan bila ditanya adakah beliau sudah menutup pintu hati terhadap lelaki, katanya tidak.

 “Tak, saya masih normal. Kalau ada lelaki nak menghampiri saya, bukan mudah kerana dia perlu menerima tiga orang anak saja juga. 

"Itu yang sekarang ini agak susah untuk mencari lelaki yang boleh menerima saya apa adanya, dengan kekurangan dan kelemahan saya.

“Dah banyak cuba tapi tujuan mereka selalunya kepada satu konsep yang sama iaitu ikut nafsu semata-mata. 

"Kalau orang itu terima saya apa adanya dan sentiasa berada di sisi tanpa mengira waktu, insya-Allah boleh difikirkan,” katanya terus terang.

Jelas Vicha, walaupun berjauhan dengan keluarga dan tanpa kekasih hati, beliau tidak pernah rasa sunyi kerana ada saja aktiviti yang dilakukan.

“Saya tak pernah rasa sunyi kerana saya sentiasa sibukkan diri. Setiap hari kalau tak ada penggambaran saya akan memasak. Saya pergi ke pasar Chow Kit dan peniaga akan jerit J-born. 

"Saya suka sibukkan diri. Nampak saya gemuk tapi lincah ke sana sini,” katanya.

Sepanjang berkarya di Malaysia, Vicha pernah muncul dalam filem Isteri Untuk Dijual (2014), Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi (2016), Kolestrol vs Cinta (2017) dan drama Si Kolot Suamiku (2016). - KitaReporter.com

3
0
1
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago