Santai 10 Jan, 2020

BOLA SEPAK MELAYU BERAKSI PIALA BARDHAN

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this
‘ORANG berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’. Bola sepak atau permainan cantik seperti yang digelar Raja Bola, Pele, jelas sudah menjadi jambatan integrasi nasional Malaysia. : KitaReporters.com

KAPTEN MISC (dua dari kiri) menerima Piala Emas Raja-raja 2019 selepas pasukan itu menewaskan Kuala Lumpur 2-1, pada Oktober2019  lalu.  


Kesudian Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) mengorak langkah pertama dan salam pengenalan telah dibalas mesra oleh Majlis Sukan India Malaysia (MISC).

Kalau September lalu menyaksikan penampilan sulung MISC yang buat kali pertamanya turut menjulang Piala Emas Raja-raja (PERR), kali ini PBMM pula akan diundang beraksi dalam Piala Bardhan 2020.

Inilah komitmen padu PBMM dan MISC yang turut bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam meraikan kempen ‘Kickout Racism’ (Singkirkan Perkauman) amalan banyak badan antarabangsa.

Sebagai tanda muhibah PBMM juga pernah mengundang Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia (MCFA) menyertai PERR mulai 2017 dan satu lagi kejohanan anjurannya, Piala Veteran Nusantara 2018.

MISC membuat kejutan dan sejarah pada edisi ke-79 selaku pasukan bukan ahli gabungan PBMM yang memenanginya dan mengapa tidak PBMM pula yang bakal diwakili Perlis?

MISC memenangi perlawanan akhir PERR 2019, 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 13 Oktober lalu untuk meleburkan hasrat berkobar-kobar Kuala Lumpur dalam mengakhiri kemarau kejuaraan itu selama suku abad.

Kali terakhir pasukan yang bukan ahli gabungan PBMM menjulangnya ialah Singapura yang menewaskan Pulau Pinang 4-2 pada 1983.

MISC (jersi biru) mencipta kejutan dan sejarah dalam PERR 2019 dan kali ini membuka peluang PBMM melakukan yang sama pada Piala Bardhan 2020, bulan ini.


Tradisinya, Piala Bardhan anjuran tahunan MISC disertai negeri-negeri ahli gabungannya di seluruh negara yang kebanyakan pemain mereka berketurunan India.

Namun terdapat syarat pertandingannya yang turut membenarkan pemain bukan India disenaraikan setiap pasukan.

Kejohanan edisi ke-60 ini akan bermula pada 23 hingga 26 Januari 2020 ini di Padang Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah bagi saingan peringkat kumpulan sehingga suku akhir terlebih dulu.

Sebanyak 13 pasukan bakal menghangatkan saingannya dengan PBMM (Perlis) diundi dalam Kumpulan A dengan Pahang dan Putrajaya.

Kumpulan B mengandungi Perak, Perlis, Melaka dan Selangor, manakala C dianggotai  Kedah, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, sementara D membariskan Johor, Pulau Pinang dan MISC.

Majlis undian kumpulan telah dilangsungkan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 28 Disember 2019 lalu.

Antara syarat penyertaan pemain-pemain dalam Piala Bardhan 2020 ialah hanya 20 orang yang boleh didaftarkan ialah yang berusia bawah 23 tahun iaitu lahir pada 1996 dan ke atas.

Namun larangan penyertaan dikenakan terhadap semua pemain kebangsaan sama ada dalam skuad Harimau Malaya, Bawah 22 Tahun dan Bawah 19 Tahun.

PIALA Bardhah...  Kejohanan edisi ke-60 akan bermula pada 23 hingga 26 Januari 2020 ini di Padang Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah 


Begitu juga larangan ini tertakluk kepada pemain yang telah tersenarai dalam semua pasukan Liga Super dan Liga Perdana bagi musim 2019 dan 2020.

Bagi pemain kedua-dua liga ini yang telah ditamatkan kontrak, mereka perlu melampirkan surat penamatan oleh pasukan terdahulu ketika penyerahan borang pendaftaran sebagai pengesahan jawatankuasa pengelola.

Setiap pasukan mesti mendaftarkan secara maksimumnya, lima pemain berketurunan India dan sekurang-kurangnya tiga daripada mereka, mesti membarisi kesebelasan utama.

Sehingga tujuh pegawai boleh menganggotai setiap pasukan termasuk seorang ketua jurulatih yang minimumnya, merupakan pemegang Lesen Kejurulatihan B.

Setiausaha Kehormat PBMM, Nazeri Hussain berkata, “pada mulanya kami menyarankan slot PBMM dalam Piala Bardhan ini kepada Kuala Lumpur selaku naib juara PERR 2019.

“Namun atas sebab tertentu, mereka menolaknya justeru kami mempelawa Perlis sebagai pasukan gantian dan mereka bersetuju apatah lagi dengan faktor lokasi yang lebih dekat dengan venue, UUM Sintok,” katanya.

Perlis menduduki tempat ketiga Kumpulan D PERR 2019 dan terlepas tiket suku akhir kepada Perak dan Kuala Lumpur.

Penampilan Perlis (PBMM) turut bakal mengubati kerinduan para peminat bola sepak negeri itu setelah pasukan Singa Utara digantung penyertaan Liga Perdana 2019 kerana masalah tunggakan gaji pemain.   - KitaReporters.com

 

 

 

 

0
0
1
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago