Pesona 06 Dec, 2019

'SOUND' AJK SURAU: MUFTI PUJI NADZRUL ZARFAN

@mohd. hazli hassan
A Mobile Journalist (Mojo) trainer by profession but force to be a scuba diver for food. Have more than 28 years experience in the media industry. Get more info on mobile journalism and mobilegraphy at www.mymojo.my

Share this

TULAR baru-baru ini mengenai satu surat seorang kanak-kanak, Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat yang dihantar kepada imam dan juga AJK sebuah surau di Lembah Klang ekoran dia dinafikan hak untuk bersolat di saf hadapan. : KitaReporters.com 


Menurut surat yang dipercayai ditulis sendiri oleh Nadzrul Zarfan itu, dia bertanyakan kepada AJK surau berkenaan ada atau tidak hadis Rasulullah S.A.W yang mengarahkan agar kanak-kanak perlu berada di saf belakang dalam solat.

"Mesti tak ada kan, jadi kenapa semalam (pada hari kejadian), Tok Pengerusi halau saya dari saf pertama sampai saya kena duduk di saf nombor tiga. 

"Saya sebenarnya sudah berkhatan dan Tok Pengerusi tak bolehlah halau saya dari saf pertama," tulis Nadzrul Zarfan di dalam surat itu.

Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat


Malah kanak-kanak itu turut bertanya kenapa pengerusi surau berkenaan sering menghalau kanak-kanak dari saf hadapan dengan tidak bertanya dahulu sama ada mereka sudah berkhatan atau tidak.

Nadzrul Zarfan turut menambah bukan semua kanak-kanak suka main waktu solat dan dia khusyuk dalam melakukan ibadah wajib itu.

Dia turut berkata, ketika dia ke Mekah dan Madinah, dia tidak pernah dihalau untuk solat di bahagian belakang dan pernah merasai pengalaman untuk bersolat di hadapan Kaabah.

"Saya tidak setuju dengan budak kecik kena duduk belakang sewaktu solat. Budak kecik juga ada hak untuk duduk depan," tegasnya.

Penularan surat berkenaan bermula apabila seorang pengguna Twitter, Hafizi Saari yang menciap melalui akaun Twitter beliau berkaitan surat Nadzrul Farhan sehingga mendapat 20,700 twit semula dengan 118 komen.

Ciapan Hafizi berkenaan turut mendapat perhatian dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang menyanjung ketegasan Nadzrul Farhan dan turut memberikan penerangan panjang lebar berkaitan saf kanak-kanak.


Menurut Dr. Zulkifli, setakat pengetahuan beliau, tidak ada mana-mana ulama yang mengatakan kanak-kanak perlu duduk di saf belakang dan tidak boleh berada di dalam saf pertama.

Kata Dr. Zulkifli lagi, apa yang dilakukan oleh Nadzrul Zarfan itu tidak salah dan bagus untuk berada sebaris dengan orang dewasa agar boleh belajar solat dengan lebih sempurna.

"Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama yang kata begitu.

"Tahniah sekali lagi pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pakcik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat. Kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul," balas Dr. Zulkifli lagi.

Apa pun, ibu kepada kanak-kanak tersebut, Nazira Rahim tampil memperjelaskan keadaan sebenar dengan menyatakan bahawa insiden itu berlaku pada tahun 2017 ketika Nadzrul Farhan berusia 8 tahun.

Menurut beliau, selepas surat berkenaan diserahkan kepada pihak surau, anaknya tidak lagi diarahkan untuk solat di bahagian belakang.

Melihat kepada profil Facebook Nadzrul Farhan yang dikendalikan oleh Nazira, kanak-kanak itu adalah seorang model dan pelakon kanak-kanak. - KitaReporters

Gambar terbaharu Nadzrul Farhan yang dirakamkan April tahun ini yang kini berusia 10 tahun.

8
0
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago