PADA Isnin, 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi yang berusia 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Difahamkan, ketika menyedari anaknya berada dalam kereta, bapanya yang panik hanya mampu menjerit "Allahuakbar" dan jeritannya didengari orang awam berhampiran. : KitaReporters.com
Bayi itu kemudian dibawa orang awam ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota menaiki motosikal sebelum disahkan meninggal dunia.
Susulan daripada kejadian itu, rata-rata netizen menyalahkan si bapa atas kecuaian dirinya.
Hari ini Selasa, 18 Februari 2020, seorang staff yang bekerja di bangunan tersebut menceritakan kisah sebenar pada hari kejadian di media sosial miliknya.
https://www.facebook.com/AkustikaBFlat5/posts/3990807137611971Menurut pemuda bernama Aku Arejax, pada hari kejadian, isteri ayah malang itu tiada kerana perlu bertugas di luar kawasan.
Ini menyebabkan beliau perlu mengambil alih tanggungjawab isteri untuk menghantar anaknya ke taska.
Bapa kepada bayi ini hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta selepas 4 jam.
"Budak ni pulak katanya demam dan tidur dekat belakang seat.
"Ayah dia sampai ke opis seperti biasa langsung terlupa pada anak.
"Ayah dia baru sedar dalam pukul 12 tengahari (kalau ikut masa jam aku) masa dia nak keluar lunch hour.
"Tiada siapa yang boleh menggambarkan perasaan sebenar si ayah pada waktu itu. Suara ayah meraung sebut "Allahuakbar" dengar dengan jelas sampai tingkat 3, kata Aku Arejax.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhenti mengkritik bapa ini kerana lupa bukan dibuat-dibuat.
Ada kalanya kita juga tidak boleh mengingati apa yang diungkapkan walaupun 5 minit lepas.
Bukan itu sahaja, beliau juga berkata, tidak ada ibu ataupun ayah yang sanggup tengok anak mati depan mata sendiri.
"Aku nak tanya korang, sebagai seorang mak & ayah, berapa ramai yang sanggup tengok anak mati depan mata sendiri????
"So hati-hati mengutuk, silap hari nanti berbalik pada kau..... baru kau sedar apa itu Qada Dan Qadar.
"Alangkah bagus jika kecaman korang ditukar kepada doa agar Allah memberikan kekuatan kepada ibu bapa & famili arwah," pinta Aku Arejax.
Dengan itu, berhenti dan berhati-hatilah sebelum mengutuk seseorang. - KitaReporters.com
Kadangkala kerana rutin harian yang terlalu sibuk membuatkan kita senang terlupa kerana otak terlalu banyak berfikir dan mana ada ibu bapa yang mahu anaknya meninggal dalam keadaan tragik.