PELAKON terkenal Indonesia, Ria Irawan meninggal dunia di hospital RSCM, Jakarta Pusat, pada subuh Isnin (6/1/20) tadi setelah beberapa waktu mengalami kanser limfa yang akhirnya merebak ke sejumlah bahagian tubuhnya. : KitaReporters.com
Ria Irawan meninggal dunia pada 6 Januari 2019 setelah berjuang menentang kanser. - Foto TribuneNews
Lahir dari keluarga artis, Ria Irawan membangunkan kariernya dalam dunia hiburan dari seawal usia muda hingga dewasa.
Beragam penghargaan diraihnya. Anak kepada pasangan pelakon Bambang Irawan dan Ade Irawan, memudahkan Ria untuk bergiat dalam bidang lakonan. Tambahan ayahnya turut memiliki syarikat perfileman dikenali sebaga Agora Film.
Bermula sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia empat tahun melalui filem ‘Sopir Taxi’.
Ria Irawan dikenal sebagai salah satu pelakon tersohor Indonesia dengan puluhan filem yang telah dibintanginya.
Namanya memuncak setelah berlakon dalam filem ‘Kembang Kertas’, meskipun itu bukanlah filem pertamanya.
Wanita pemilik nama lengkap Chandra Ariati Dewi Irawan ini lahir dari pasangan Bambang Irawan dan Ade Irawan, yang pernah menjadi sorotan media pada tahun 1970-an dan 1980-an.
Dia merupakan anak bungsu daripada lima beradik.
Di samping bergiat dalam bidang lakonan, Ria turut bergiat dalam bidang nyanyian. Dia membuat album bersama dalam kumpulan bernama Japras.
Anggota kumpulan Japras termasuk Ully Artha, Debby Cintia Dewi, Wieke Widowati, Rini S. Bono, Nurul Arifin, Ita Mustafa, Ani Kusuma, Eva Arnaz, dan Rima Melati. Album tersebut laris di pasaran.
Selain itu, Ria Irawan juga membuat dua album dangdut bersama bintang veteran Rano Karno bertajuk 'Hiasan Mimpi' dan 'Sorga Dunia'.
Tak hanya dangdut, Ria juga membuat album pop berjudul 'Setangkai Anggrek Bulan' dan 'Di Antara Hatiku Hatimu'.
Suami Ria Irawan, Mayky Wangkur sentiasa memberi semangat ketika Ria melawan kanser. - Foto Tribunenews