PUTERA Harry dan Meghan Markle baru-baru ini membuat kenyataan bahawa mereka memutuskan mahu mengundurkan diri daripada kapasiti mereka sebagai anggota 'kanan' keluarga diraja Inggeris. : KitaReporters.comPutera Harry dan Meghan Markle bersama Ratu Elizabeth II. - Foto kredit BBC
Ekoran itu, Ratu Elizabeth II menghubungi puteranya, Putera Charles, serta cucunya, Putera William bagi berunding mengenai keputusan Putera Harry dan Meghan itu.
Mereka kemudian mengutus staf kanan kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian.
Difahamkan, Istana Buckingham "kecewa" dan keluarga diraja Inggeris yang lain diketahui "terluka" oleh pengumuman Putera Harry dan Meghan.
BBC mendapat maklumat bahawa Putera Harry dan Meghan tidak merundingkan keputusan mereka dengan anggota keluarga diraja yang lainnya - termasuk Ratu Elizabeth II mahupun Putera William - sebelum mengemukakan kenyataan itu.
Putera Harry dan Meghan mengaku, keputusan tersebut diambil "setelah berbulan-bulan mempertimbangkan dan berbincang sesama mereka".
"Kami berniat mengundurkan diri sebagai anggota 'kanan' keluarga diraja dan ingin bekerja untuk berdikari secara kewangan, seraya terus mendukung penuh Yang Mulia Ratu.
"Mereka juga menyatakan merancang membahagi-bahagikan waktu antara England dan Amerika Utara selagi terus menghormati tugas kepada Ratu dan negara kami."
Setelah mengeluarkan pengumuman itu, Meghan Markle dilaporkan kembali ke Kanada.
Ketika cuti Krismas baru-baru ini, Meghan dan Putera Harry bercuti selama enam minggu daripada tugas-tugas mereka sebagai anggota keluarga diraja untuk berlibur di Kanada bersama anak lelaki mereka, Archie, yang lahir pada Mei 2019.
Koresponden BBC di Istana Buckingham mengatakan pihak keluarga diraja rasa "ditipu" dengan kenyataan pasangan suami isteri itu.
Jurucakap Istana Buckingham mengatakan perbincangan dengan pasangan suami isteri bergelar Duke dan Duchess of Sussex mengenai keputusan mereka berada pada "peringkat awal".
"Kami faham hasrat mereka untuk mengambil pendekatan berbeza, namun ini adalah topik yang rumit dan memerlukan waktu untuk dibahas.
"Walau menyatakan mengundurkan diri sebagai anggota kanan keluarga diraja, Putera Harry tetap berada pada kedudukan keenam sebagai pewaris takhta diraja Inggeris.
Selain mengundurkan diri sebagai anggota kanan keluarga diraja Inggeris, Putera Harry dan Meghan juga mengumumkan bahawa mereka tidak lagi mahu menerima pendanaan dari Sovereign Grant British.
Sovereign Grant merupakan wang awam yang diperuntukkan untuk membelanjakan kepada tugas-tugas rasmi anggota keluarga diraja.
Jumlahnya pada 2018-2019 sahaja mencapai 82 juta pound sterling atau kira-kira RM435 juta.
Putera Harry dan Meghan mengaku Sovereign Grant membelanjakan 5 peratus daripada tugas rasmi mereka pada 2019, sedangkan bakinya dibayar oleh Putera Charles melalui penghasilan dari Duchy of Cornwall.
Pemakaian wang rakyat England untuk tugas kerajaan, misalnya, terwujud dalam soal keselamatan.
Pasangan suami isteri itu tergolongkan sebagai "orang yang dilindungi secara antarabangsaā€¯ yang bererti mereka perlu mendapat perlindungan bersenjata daripada polis England.
Tambahan pula, Putera Harry dan Meghan selama ini menghuni istana di Windsor yang baru dibaik pulih dan direnovasi dengan wang rakyat sebanyak 2,4 juta pound sterling (kira-kira RM12.1 juta). - KitaReporters.com