Pesona 06 Jan, 2020

HOT!! SALMAN KHAN DERA SAYA - AISHWARYA RAI

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this
BENARKAH aktor sado Salman Khan seorang ‘kaki pukul’ dalam realiti kehidupan sebenar di sebalik paparan dirinya sebagai hero yang membelasah musuh dalam filem-filem lakonannya? : KitaReporters.com

SALMAN KHAN dan Aishwarya Rai mesra ketika bercinta.


Mungkin para peminat Salman sukar mempercayai perkara ini. Tetapi ia  didedahkan sendiri oleh bekas kekasihnya, aktres popular Aishwarya Rai.

Dalam satu temu bual yang dipetik oleh ‘International The News’, Aishwarya mendedahkan Salman sering menderanya secara fizikal mengakibatkan dia tidak tahan lagi bersama aktor tersebut.

Pasangan tersebut menjalin cinta selama tiga tahun sebelum berpisah pada 2003. 

Aishwarya kemudian berkahwin dengan aktor Abishek Bachchan, anak aktor Amitab Bachchan dan Jaya Bhaduri.

KEMESARAAN pasangan Salman Khan dan Aishwarya Rai kini tinggal kenangan.


Sementara umum mengenali Aishwarya sebagai antara artis ternama di Bollywood dan sering menerima pujian dalam filem-filem lakonannya, tidak banyak diketahui mengenai kehidupan peribadinya.

Kerana itu pendedahan Aishwarya mengenai Salman Khan dianggap satu luahan penderitaan berat yang ditanggungnya tetapi disembunyikan dan disimpan dalam hatinya selama ini.

Umum memang mengetahui kisah cinta mereka berdua tetapi tiada siapa tahu ranjau cinta yang dilalui oleh Asihwarya akibat sikap ganas Salman.

Aishwarya mengesahkan dia menghadapi masalah deraan fizikal daripada Salman selama tempoh tiga tahun mereka bersama memadu cinta.

“Dia akan menelefon saya pada waktu tidak sesuai dan bercakap benda-benda mengarut. Malah dia juga mengesyaki saya mempunyai hubungan dengan pelakon-pelakon lelaki lain yang membintangi filem bersama saya,” kata Aishwarya.

Menurutnya, pada waktu-waktu tertentu Salman menderanya secara fizikal. Nasib baik tidak terdapat kesan-kesaan dera pada badannya dan dia pergi bekerja seolah-olah tiada apa berlaku.

SALMAN KHAN masih mencari pasangan hidup.


Bagaimanapun Salman Khan ketika memberi reaksi terhadap dakwaan Aishwarya itu menafikan dia pernah berkasar atau mendera bekas Ratu Cantik Dunia 1994 itu.

“Saya tidak pernah memukulnya atau menderanya secara fizikal. Sebaliknya saya yang menjadi emosional apabila bertengkar dan mencederakan diri sendiri,” katanya.  

Salman mendakwa, ketika bertengkar dia pernah menghantuk kepalanya ke dinding dan cedera tetapi dia sama sekali tidak akan mencederakan orang lain.

Dia menyifatkan pertengkaran adalah antara ciri cinta. Jika langsung tidak ada pertengkaran bermakna tidak ada hubungan cinta dan kasih sayang antara dua insan.

“Saya tidak akan bertengkar dengan orang luar. Apabila kami berkelahi ia semuanya adalah kerana cinta,” dakwa hero filem pecah panggung ‘Dabangg’ itu.

SALMAN KHAN dan Aishwarya Rai dalam 'Hum Dil De Chuke Sanam' yang turut dibintangi Ajay Devgn.


Salman Khan dan Aishwarya pernah berlakon bersama dalam beberapa buah filem, termasuk filem-filem box-office  seperti ‘Hum DilDe Chuke Sanam’ dan  ‘Hum Tumhare HainSanam’.

Yang pasti pasangan kekasih itu sudah lama berpisah. 

Sementara Aishwarya sudah berkahwin dan mempunyai anak perempuan bernama Aaradhya, Salman masih tercari-cari siapa bakal menjadi teman hidupnya! - KitaReporters.com

WAJAH jelita Raru Cantik Dunia 1994.


AISHWARYA RAI bersama suami, Abishek Bachchan dan anak Aaradhya.


AISHWARYA RAI bersama anak, Aaradhya.

4
1
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago