Pesona 08 Dec, 2019

TAHNIAH TUNKU AZIZAH!! DIPILIH IKON KRAF 2019

@zamzurina ahmad
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan berpengalaman selama 11 tahun dengan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

Share this

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerima Anugerah Ikon Kraf 2019 sempena 3rd International Craft Award oleh Indian Craft Village yang merupakan pertubuhan di bawah Majlis Kraf Dunia (WCC) di New Delhi, India semalam (7/12/2019. : KitaReporters.com

Tu 


Pencalonan Tunku Azizah untuk anugerah tersebut bukannya dibuat oleh negara sebaliknya dihantar oleh seorang individu yang kagum melihat kecintaan baginda terhadap seni kraf tradisional.

"Saya mengucapkan terima kasih ke atas individu tersebut iaitu seorang pencinta tekstil, Fatimah Ismail yang mencalonkan saya.

"Terima kasih buat Puan Fatimah. Anugerah ini membakar semangat saya dan inspirasi untuk saya terus berjuang mengangkat seni kraf tradisional ke tahap tertinggi," titah baginda.


Apa yang membanggakan ialah Tunku Azizah memperoleh markah tertinggi daripada tujuh pencalonan seluruh dunia dan enam juri sebulat suara memilih baginda sebagai pemenang.

Ketika bertitah sebaik sahaja menerima anugerah tersebut daripada Presiden WCC, Dr. Ghada Hijjawi Qaddumi, Tunku Azizah berasa amat berbesar hati menerima penganugerahan sedemikan sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Indian Craft Village.

"Terima kasih juga kepada semua pencalonan dan juri yang memberi markah tertinggi buat saya. Anugerah ini bukan untuk diri saya sahaja malah buat semua rakyat Malaysia," titah baginda.


Enam juri profesional dari pelbagai negara seperti Itali, United Kingdom dan India itu mengesahkan Tunku Azizah memenuhi semua enam kategori sehingga melayakkan baginda dinobatkan sebagai Ikon Kraf 2019.

Menurut International Jury Member, Prof. Aftab Gharda, Tunku Azizah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan iaitu Know How Of Skills, Material Knowledge And Innovation, Use Of Inspiration From Perspective Of Culture And Tradition, Design Understanding, Evolution And Adaptation dan lain-lain.

"Kerja-kerja yang dilakukan baginda menunjukkan tahap komitmen tertinggi atas dasar kemanusiaan terutama dalam menyantuni banduan di penjara dengan memberikan serta menyerlahkan kemahiran mereka.

"Banduan yang kehilangan arah dalam kehidupan diberi 'kehidupan semula' oleh baginda untuk membina kehidupan dengan kemahiran baharu. 

"Anugerah kepada Tunku Azizah ini adalah wajar dan memberi tanda aras dalam bentuk inisiatif yang dilakukan terutama dalam memartabatkan seni warisan negara untuk generasi akan datang," katanya. - KitaReporters.com

20
2
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago