Pesona 30 Jan, 2020

"AKU CINTAIMU": ISTERI JADI SUKARELAWAN NCOV

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SEBUAH video baru-baru ini disiar oleh portal Pear Video dalam sosial medianya mememperlihatkan seorang lelaki menangis penuh emosi ketika menghantarkan isterinya, seorang jururawat yang menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa koronavirus. : KitaReporters.com

Sekumpulan sukarelawan terdiri daripada petugas perubatan di sebuah hospital di Henan berangkat ke Wuhan. - Kredit foto Pear Video


Isterinya adalah salah satu anggota rombongan petugas perubatan yang menaiki bas untuk berangkat ke Wuhan dari Hospital Universiti Huaihe, Henan.

Seperti disiar oleh laporan World of Buzz, lelaki berpakaian hitam ini terdengar meneriakkan kalimat cinta kepada si isteri yang berangkat ke Wuhan.

Saat manis sekaligus pilu itu menjadi tular sejak video itu disiar pada Ahad, 26 Januari 2020.

"Wang Yuehua, aku mencintaimu. Aku mencintaimu!" teriak lelaki tersebut ketika bas yang dinaikii isterinya berangkat, sebelum akhirnya dia menangis.

Orang ramai yang ada di sana berusaha menenangkan lelaki itu dan minta dia bersabar. Malah ramai yang turut berlinang air mata ketika melihat lelaki itu menangis.

Menurut laporan, lelaki yang menangis itu adalah Xu Guoliang, seorang doktor pakar bedah urologi di Hospital  Universiti Henan.

Xu Guoling menangis ketika isterinya, Wang Yuehua, seorang jururawat di Hospital Huaihe bertolak ke Wuhan untuk membantu para mangsa koronavirus dan dia sangat bimbang akan kesihatan isterinya.

Si isteri menyatakan bahawa dia menerima notis yang mengatakan bahawa hospital memerlukan sukarelawan  untuk mengatasi wabak 2019 Novel koronavirus (2019-nCoV) atau virus Wuhan.

Wang Yuehua diam-diam mendaftarkan namanya tanpa memberitahu suaminya, kerana takut suaminya membantah.

Pasangan ini telah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun.

Wang menjeritkan kata-kata "Aku mencintaimu" kepada isterinya yang berangkat dengan bas ke Wuhan sebagai sukarelawan NCOV.  - Kredit foto Pear Video


Xu Guoling mengatakan bahawa sebagai kakitangan perubatan,  dia tahu isterinya berpengalaman.

Namun tetapi sebagai suami, dia bimbang akan keselamatan isterinya.

Xu menambahkan bahawa mereka biasanya sibuk dan dia tidak mengungkapkan cintanya kepada si isteri dengan cara seperti itu.

Namun, Xu tidak mampu menahannya ketika dia melihat isterinya menaik bas dan menjadi emosional.

Xu mengatakan dia ingin menunjukkan sokongan dan kebimbangannya ketika isterinya menaik bas tersebut.


0
0
0
1
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago