Pesona 27 Nov, 2019

NURUL SUHAIDA URUS 6 KEDAI PAKAIAN TERPAKAI

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
KEHEBATAN seseorang wanita bukan hanya diukur pada rupa paras dan faktor luaran tetapi merangkumi kebijaksanaan dan cara mereka membawa diri menjadi figura dikagumi. : KitaReporters.com.


PENGURUS Sasuke Premium Outlet (SPO), Nurul Suhaida Abu Sopian. 


Bagi seorang wanita, menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengarah di butik pakaian terpakai Sasuke Premium Outlet (SPO) perlu berani terutama dalam mengembangkan perniagaan ke tahap lebih besar. 

Tegasnya, berkredibiliti serta sentiasa memberi tunjuk ajar menyebabkan wanita kental, Nurul Suhaida Abu Sopian, 27, ini disenangi kakitanganya, di samping memegang prinsip tugas perlu diutamakan. 

Beliau yang berkhidmat sebagai pengarah sejak lima tahun lalu melalui banyak pengalaman pahit dan manis dalam dunia perniagaan terutama bersaing secara sihat dengan syarikat lain yang menjalankan perniagaan pakaian terpakai.

Nurul Suhaida yang diberi tanggungjawab sebagai pengarah oleh bapa saudaranya berkata, kebiasaannya perniagaan berasaskan pakaian terpakai hanya dimonopoli oleh golongan lelaki namun, berbeza dengan dirinya yang menjadikan bidang itu sebagai kerjaya.

Minat dan tekad dalam bidang keusahawanan mendorong Nurul Suhaida menceburkan diri dalam kerjaya pengurusan itu yang kini mempunyai enam cawangan terletak di Lembah Kelang.


Nurul Suhaida yang merupakan anak kelahiran Sentul, Kuala Lumpur itu juga boleh berbangga apabila SPO kini merupakan antara pengimport terbesar pakaian berjenama terpakai dari Jepun dan Korea Selatan. 

Berkelulusan Ijazah Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nurul Suhaida berkata, dia berjinak-jinak dengan perniagaan itu selepas dipelawa oleh bapa saudaranya ketika masih menuntut di universiti.

“Sepanjang memegang jawatan sebagai pengarah di SPO, saya banyak menerima nasihat dan tunjuk ajar dalam bidang perniagaan melalui bapa saudara yang banyak membantu tentang selak belok perniagaan.

“SPO ketika ini semakin berkembang dan mempunyai enam  cawangan iaitu di Danau Kota (Setapak), Kampung Pandan (Kuala Lumpur),  Bandar Seri Permaisuri (Cheras), Bandar Baru Bangi, Rawang dan Kajang,” katanya kepada wartawan KitaReporters.com.

NURUL Suhaida menunjukkan barangan yang dipasarkan di SPO cawangan Kajang.


Menurut Nurul Suhaida, SPO adalah jenama Bumiputera negara yang pada awal penubuhannya bermula dengan perniagaan pakaian terpakai di ‘down town’ sejak 12 tahun lalu dan kini segalanya berubah selepas mendapat penerimaan yang baik daripada pelanggan.

Berkongsi cerita pembabitannya dalam perniagaan pakaian terpakai, Nurul Suhaida berkata, dia ditawarkan untuk menguruskan SPO itu sejak 2014 dan peringkat awalnya, menguruskan pada hujung minggu dan cuti semester memandangkan ketika itu  masih menuntut di universiti.

Menurut beliau, bukan senang menguruskan semua perkara sendiri memandangkan masih belajar tetapi itulah cabarannya dan perlu pandai membahagi masa agar kedua-dua dapat dilaksanakan dengan baik.

“Bertitik tolak daripada itu, saya terus fokus kepada perniagaan dan berjaya mengembangkan lagi SPO seiring dengan teknologi maklumat kami  juga kini mempunyai satu lagi nama baharu di bawah SPO iaitu Bundles.my.

“BundlesMy mempunyai dua cawangan iaitu di Rawang dan juga Pelabuhan Klang dan pihak kami menyasarkan untuk membuka 10 lagi cawangan lagi di bawah nama BundlesMy dalam jangka masa terdekat.

PELANGGAN memilih barangan yang dipasarkan di SPO cawangan Kajang


"Selain menjual pakaian terpakai, SPO turut melebarkan sayapnya dengan menjadi pengeksport pakaian terpakai ke Filipina, Bangladesh, Indonesia dan juga beberapa negara Afrika.

"Pakaian terpakai yang dijual di SPO mendapat tempat daripada pelanggan kerana barangan yang dipasarkan mempunyai kualiti dan berjenama selain konsep butik yang diperkenalkan di semua cawangan.

“Selain pakaian lelaki dan wanita, SPO turut memasarkan  barangan kanak-kanak sehingga dewasa, beg tangan dan jaket pada harga berpatutan bermula dengan RM15 dan pelanggan juga dapat menikmati diskaun sehingga 50 peratus."


Dalam pada itu katanya, sebanyak empat hingga enam kontena pakaian terpakai akan sampai pada setiap bulan yang diimport dari Jepun dan Korea sebelum ia diasingkan terlebih dahulu mengikut gred bagi menentukan harga sebelum dipasarkan.

Sebelum dipasarkan, barangan itu dibersihkan terlebih dahulu bagi meyakinkan pelanggan terutama dari aspek kebersihan selain menjaga kualiti setiap barangan yang ingin dipasarkan.

Nurul Suhaida berkata, bagi mengembangkan lagi perniagaan pakaian terpakai itu SPO  akan mengadakan 1st Bundle Expo Malaysia pada 13 hingga 15 Disember di The Mines, Seri Kembangan, Selangor bertujuan  memberi kesedaran kepada orang ramai  tentang pembelian pakaian terpakai  bukan saja dapat  menjimatkan kos  bahkan dapat  mengurang pencemaran alam sekitar.

Katanya, SPO juga akan bekerjasama dengan beberapa agensi pada tahun depan bagi menjayakan projek "Road To Show Sasuke Outlet" yang pertama di negara ini dengan kerjasama The Culture 2020.

Tambah beliau, permintaan terhadap pakaian terpakai amat menggalakkan dan atas permintaan itu pihaknya ingin mencipta sesuatu yg baru, di samping mencari pereka fesyen yang sudi bekerjasama dengan pihaknya  dalam menjayakan kempen kesedaran itu.

PENGURUS Sasuke Premium Outlet (SPO), Nurul Suhaida Abu Sopian sedang melayan pelanggan di cawangan Kajang.


14
3
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago