Pesona 16 Feb, 2020

ALLAHU!! AJAR AL-QURAN WALAUPUN TERBARING

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
LUMRAHNYA proses pembelajaran dilakukan di dalam kelas yang dilengkapi alat bantu mengajar serta kemudahan meja dan kerusi kepada pelajarnya. Namun berbeza dengan pembelajaran yang dilakukan bagi seorang pemuda dari Kedah yang terpaksa mengajar di atas katil dengan keadaan terbaring. : KitaReporters.com

MOHAMAD Azfar Mohd.Yusuf dikelilingi pelajar yang mendapatkan khidmatnya di rumahnya di Taman Ria, Sungai petani, kedah . - Kredit foto: World of Buzz.


Itu yang berlaku kepada seorang pemuda dari Sungai Petani yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) yang menjadikan katil sebagai meja untuk dia mengajar al-Quran di rumahnya Taman Ria, Sungai Petani, Kedah

Kekurangan yang ada pada diri tidak menghalang untuk dia terus menabur bakti kepada pelajar dengan kebolehan yang dimiliki.

Memetik laporan Harian Metro, biarpun dalam keadaan terbaring, Mohamad Azfar Mohd Yusuf kerana masalah saraf yang dihadapi sejak kecil dia tetap cekal mengajar al-Quran kepada anak muridnya.

Kini dia memiliki 30 orang anak murid yang berusia enam hingga 17 tahun.

Lebih membanggakan pemuda berusia 32 tahun itu turut mengadakan kelas tajwid kepada pelajarnya bagi memberi kefahaman lebih mendalam dalam bacaan al-Quran kepada mereka.

WALAUPUN dalam kekurangan dan hanya terbaring, namun dia mampu mengajar dengan baik kepada pelajarnya. - Kredit foto: Linetoday.com


“Kelas tajwid akan diadakan seminggu sekali dan saya akan mengajar melalui televisyen yang disambung ke telefon pintar yang mempunyai maklumat berkaitan hukum tajwid.

“Dengan cara ini, saya rasa pelajar lebih mudah memahami, sekali gus dapat membaca al-Quran dengan lebih baik,” katanya.

Dalam masa sama, Azfar juga menjalankan pengajian al-Quran bagi golongan dewasa melalui aplikasi WhatsApp.

“Saya hanya mahu menjadi contoh kepada masyarakat dan apa yang dilakukan hanyalah bagi mencari reda Allah sebagai saham akhirat kelak. 

“Selagi mampu, saya akan terus membantu masyarakat dalam memantapkan lagi penguasaan al-Quran,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Berkongsi cerita, dia memulakan kelas mengaji pada tahun 2005 selepas diminta oleh ibunya sendiri bagi menggantikan tugas abang sulung yang menerima tawaran bekerja dalam sektor kerajaan.

TETAP bersemangat walaupun berada dalam kekurangan. - Kredit foto: Sinar Harian.


Anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu, pada awal pembabitan dalam pengajian al-Quran hanya mengehadkan pelajar kepada 10 orang sahaja selepas diminta oleh ibunya bagi meneruskan pengajian al-Quran.

“Saya tetap mencuba dengan hanya mengajar 10 pelajar saja ketika itu sebagai permulaan dan semakin bertambah sehingga kini mengehadkan kepada 30 orang,” katanya lagi.

Akui Azfar, dia mula mempelajari ilmu agama sejak berusia 13 tahun melalui pengajian di rumah dengan menjemput beberapa tenaga pengajar berikutan tidak mampu ke pusat pengajian kerana keadaan fizikalnya.

“Berikutan itu, dia hanya meneruskan pengajian di rumah sehingga ke hari ini bagi mendalami ilmu agama termasuk ilmu tajwid untuk memantapkan penguasaan dalam bacaan al-Quran,” kongsi yang turut memegang Sijil Pentaulihan Mengajar Agama Islam Negeri Kedah. - KitaReporter.Com

 

 

 

6
4
7
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago