Pesona 01 Feb, 2020

KOBE: RAJA DI GELANGGANG, BADUT DI RUMAH

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

KASIH ibu ke syurga, kasih ayah sepanjang kehidupan, tetapi tidak kepada Kobe Bryant.  Ketika dipuja sebagai raja di gelanggang bola keranjang, menggelecek bola di tangan dan menjadi penjaring terhebat, tapi di rumah dia seorang ayah penyayang yang sanggup melakukan apa saja termasuk jadi badut demi menghiburkan hati empat puterinya. : KotaReporters.com
Happy Mother’s Day @vanessabryant we love you and thank you for all that you do for our family. You are the foundation of all that we hold dear. I love you  #mybaby #lioness #mamabear #queenmamba

Saat keluarga yang indah. - Foto Instagram Kobebryant


I never knew that showing my heart would lead to this. Dear Basketball was my way of saying thank you to the game that gave me everything. Your reaction lit another fire in me that I didn’t know existed. I'm so excited to keep sharing my passions with you all @granity #GranityStudios

Kobe Byrant, bapa, jurulatih dan penghibur anak-anak. - Foto Instagram Kobebryant.


Bryant membuktikan kasih sayangnya bukan setakat sanggup bersara dari dunia sukan untuk menghabiskan masa dengan keluarganya, menjadi obor pada puteri keduanya Gianna @ Gigi yang meneruskan legasinya, malah sehidup semati dengan anaknya itu dalam nahas helikopter di Kota Calabasas, California, pada Ahad, 26 Januari 2020.

Bagi wira legenda yang digelar Sang Mamba - ular paling bisa di dunia, Kobe membuat pesaingnya berasa gerun dengan teknik jaringan pintarnya, kelincahan di gelanggang.

Dan ketika memutuskan untuk bersara pada 2015, dia menukar dirinya menjadi seorang bapa paling penyayang dan penghibur kepada puterinya.

Malam pada satu sambutan Hollowen, Kobe sanggup beraksi sebagai badut dari filem Wizard of Oz dengan misai palsunya dan topi hijaunya semata-mata menceriakan hari yang diraikan oleh anak-anaknya.

HAPPY HALLOWEEN 🎃

Saat indah jadi badut ketika Hollowen. - Gambar Instagram Kobebryant


BBC News ketika melaporkan kejadian nahas pada jam 10 pagi 26 Januari 2020 yang meragut nyawa Kobe bersama Gigi serta  tujuh lagi anggota dalam pasukannya, mereka adalah dalam perjalanan untuk ke tempat kejohanan yang disertai Gigi dan anggota pasukannya.

Akhbar menyifatkan Kobe "seorang ayah yang sanggup buat apa saja termasuk jiwa dan seluruh nyawanya demi menggembirakan anak-anaknya yang dipanggilnya sebagai puteri kesayangan ayah."

Had a great trip to @uconnwbb for senior night and the retirement of basketball legend @promise50 with my baby Gigi. Thank you Gampel, Thank you Coach Geno and Cd for the warm welcome. Good luck the rest of the way 💪🏾 #mambamentality #wizenard

Gigi dan Kobe. - Foto Instagram Kobebryant.


Sebab itu juga, Kobe sudah berjanji dengan isterinya Vanessa untuk tidak menaiki helikopter yang sama bagi menggelakkan kejadian seperti ini, namun malang tidak berbau.

Insider.com pula melaporkan salah satu sebab Kobe membeli Helikopter Sikorsky S - 76 yang dianggap paling canggih adalah untuk menggelakkan kesesakan jalan teruk di Los Angeles agar dia dapat menghabiskan banyak masa dengan keluarganya. 

Malah Kobe juga ahli sukan yang suka membantu bila kerap membantu orang ramai ketika bertembung  mereka yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Image may contain: one or more people

Kobe dan Gigi @ Gianna


BBC News menyifatkan Kobe, 41, memiliki kekayaan AS$600 juta mendedikasi 20 tahun hidupnya bersama LA Laker sebelum bersara pada 2016. Dia meninggalkan tiga lagi puteri Natalia, Bianca dan Capri.

Kobe sangat menyayangi puterinya dan bila dia dinasihatkan supaya mendapatkan anak lelaki supaya legasinya dapat diwarisi, Kobe segera menjawab, "Hanya seorang `raja` yang boleh `mencipta` anak perempuan. Dan mereka adalah puteri kesayangan saya," katanya menjadi satu soalan cepu emas ketika kelahiran anak ketiganya.

Bertemu dan menikahi isterinya Vanessa Urbieta Cornejo Laine satu kembara cinta yang hebat dan menyayat kerana kedua-duanya tidak direstui ketika berkahwin. 

Masakan tidak, ketika itu, Kobe baru berusia 20-an dan sudah pun tergolong sebagai pemain bola basket terkenal. Manakala Vanessa pula, pelajar Sekolah Tinggi Marina di California yang baru mencapai usia 17 tahun. 

Hangatnya cinta mereka macam dalam filem bila Vanessa menghubungi sepupunya memberitahu Kobe Byrant menghubunginya, lantas sepupunya siap memperlinya supaya minum arak banyak lagi. 

Kedua-duanya mencetuskan kegelisahan terutama ibu bapa Kobe tetapi akhirnya mereka selamat bertunang selama enam bulan kemudian dan sebaik Vanessa berusia 18 tahun, mereka terus bernikah.

#Queenmamba #Oscar

Tinggal kenangan. - Foto Instagram Kobebryant


Vanessa kemudian menjalani kehidupan glamor di sebalik namanya suaminya dengan asuhan daripada anggota kelas super elite, isteri pemain sukan. 

Pernah keributan melanda rumah tangga mereka apabila Kobe dikaitkan dengan dakwaan merogol gadis berusia 19 tahun.

Tahu apa Vanessa dapat? Kobe menghadiahkan cincin berlian berwarna unggu lapan karat, bernilai $4 juta dolar sebagai menebus rasa bersalahnya akibat terbabit dalam skandal itu. 

Ia macam kes David Beckham yang menghadiahkan isterinya, Victoria, bekas penyanyi grup Spice Girls, cincin berharga $20 juta juga kerana skandal seks.

Excited to bring a holistic training approach to young athletes and help them reach their full potential. Let’s do this! Check us out ... link in bio. #mambamentality @mambasportsacademy


Mambacita and @azzi35 

Gigi kiri bersama ahli pasukan kelab bola keranjangnya


Bday practice for my #Mambas with @marinamabrey 💪🏾💪🏾💪🏾

Pasukan Liga Mamba. - Foto Instagram Kobebryant

Sebab itu sebaik bersara Kobe kemudian menubuhkan Liga Mamba yang mengandungi pasukan 40 orang kerana anak keduanya, Gianna @ Gigi mahu terbabit dalam sukan bola keranjang. 

Malangnya nahas itu berlaku ketika mereka dalam penerbangan menyertai liga bola keranjang di Akademi Mamba meragut nyawa mereka berdua, sekali gus meninggalkan banyak persoalan tentang masa depan akademi itu.

Kobe Bryant and daughter Gianna who tragically died in a helicopter crash seen for the last time on Saturday at the Kobe's Mamba Sports Academy in Thousand Oaks. 25 Jan 2020 Pictured: Kobe Bryant and Gianna. Photo credit: RMG News/MEGA TheMegaAgency.com +1 888 505 6342

Saat akhir Kobe melatih puterinya. - Kredit gambar TMG News.Mega


Polis LA menangguhkan semua jadual penerbangan akibat nahas itu yang dikatakan terputus hubungan ketika memasuki ruang udara berkabus tebal dan jatuh di Las Virgenes. 

Semua termasuk juruterbang dan pasukannya mati di tempat kejadian.

Akhbar melaporkan legenda itu mencipta rekod peribadi bermain selama 20 musim mempamerkan bakat luar biasa dan pengabdian untuk mencipta kemenangan. 

Kobe, peraih lima kali cincin emas sebagai juara NBA bersama Los Anglese Laker, dua kali pingat emas Olimpik dan banyak lagi kejuaraan dan dicatatkan sebagai permain terhebat dalam sejarah sukan bola keranjang. 

Selain dihargai dalam dunia sukan, Kobe juga dianugerahkan Piala Oscar pada 2018 untuk filem aminasi pendek, Dear Basketball, berdasarkan surat cintanya kepada sukan bola keranjang yang ditulis pada 2015.

Image may contain: 1 person, text

Catatan kisah Kobe


Shaquille O`Neal yang pernah bersama Bryant dalam pasukan LA Laker pada 1996 hingga 2004 sangat terkejut dan kelu apabila mendengar berita itu, sambil mencatatkan: "Kami sentiasa menyayangi dan merindui kamu."

Presiden Donald Trump pula menyifatkan nahas itu satu kejutan berita yang buruk dan bekas Presiden Barack Obama pula menyifatkan Kobe sebagai legenda sukan. - KitaReporters.com

Image may contain: one or more people

Saat manis yang tinggal kenangan.

0
0
1
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago