PASANGAN selebriti di Indonesia, Delon Thamrin. 40, dan Yeslin Wang, 35, dahulu dianggap sebagai pasangan personaliti bahagia, tetapi awal tahun ini mereka berpisah setelah Delon dilaporkan menanggung hutang judi yang banyak. : KitaReporters,com
Delon Thamrin dan Yeslin Wang - Foto Instagram Delon Thamrin.
Setelah rasmi bercerai Delon mengguna kebolehannya memikat dan mampu mencuri hati wanita kaya iaitu seorang usahawan dari Surabaya bernama Aida Chandra.
Tidak perlu waktu lama, hanya bercinta selama 6 bulan, kedua-duanya berkahwin pada 9 November 2019 lalu.
Kedua-duanya mengadakan resepsi mewah sehari kemudian di Grand Hyatt, Jakarta Pusat, Indonesia.
Delon berhasil menaklukan hati Aida Chandra yang merupakan seorang arkitek yang memperoleh Master sebuah universiti di New South Wales, Australia.
Delon Thamrin dan Aida Chandra.
Kini Aida merupakan Pengarah Urusan PT Envidesign Studio dan PT Envitura Mulia Persada, syarikat yang dimulakan oleh dirinya sendiri.
Tidak hanya berjaya sebagai seorang arkitek dan kontraktor, Aida turut mengendali beberapa bisnes bersama keluarganya termasuk bisnes dalam bidang makanan, sewa kereta hingga online shopping.
Ini bererti Delon mampu hidup selesa jika mampu menjaga hati isteri baharunya itu dan meninggalkan kebiasaan buruknya.
Namun di sebalik kebahagiaan Delon, yang menanggung derita kini ialah bekas Isterinya, Jeslin Wong.
Delon dan Jeslin ketika masih suami isteri.
Delon dan Jeslin masing-masing merupakan pelakon dan penyanyi, di mana Delon menjadi pemenang kedua Indonesian Idol musim pertama pada 2009. Mereka berkahwin pada 2009, tapi bercerai secara rasmi pada Januari 2011.
Hidup berumah tangga mereka yang dikurnia seorang anak ditimpa bencana akibat kesukaan Delon berjudi termasuk judi dalam Internet.
Akibat kegemarannya itu, menyebabkan Delon terpaksa membuat pinjaman daripada beberapa peminjam wang atau ahlong. Dan yang menjadi mangsa ialah Yeslin.
Yeslin terpaksa membayar pinjaman wang judi Delon walaupun bukan lagi sebagai suaminya.
“Saya kini hidup menanggung hutang yang bukan saya buat. Ada wang yang boleh dibuat modal peniagaan tapi hilang saja buat bayar hutang orang.
“Dia sudah bahagia dapat wanita kaya tapi yang menanggung derita ialah saya menjadi tukang penyelesai hutangnya,” kata Yeslin kepada sebuah media tidak lama dahulu. - KitaReporters.com