Pesona 01 Dec, 2019

GENG.. JANGAN PANDANG HINA PEKERJA BANGLA!!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
MELIHAT pekerja Bangladesh yang mendominasi di ibu negara, pasti hati terdetik kesemua mereka ini  hebat kerana sanggup tinggal tanah air demi mencari rezeki. Namun jangan pandang rendah kepada mereka, kerana setiap mereka mempunyai ‘cerita’ sendiri untuk sampai ke Malaysia. : KitaReporters.com

Dr. Goh Aik Ping @  https://www.facebook.com/aikping 


Terbaru, seorang doktor di sebuah klinik berkongsi pengalaman berdepan dengan pesakit yang merupakan ahli farmasi, namun terpaksa bekerja sebagai buruh binaan di negara ini.

Perkara itu disedari Dr. Goh Aik Ping yang terkejut selepas pesakitnya dapat menyebut ubat nama pesakit dengan tepat walaupun pakaian comot dan  lusuh.

Kejadian itu menyebabkan Dr. Aik Ping terkedu kerana tidak menyangka pekerja buruh itu mampu menyebut dengan tepat sedangkan dia hanya pekerja buruh.

“Pesakit Bangladesh mengadu  cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus.

“Saya terkejut dan berhenti merawat seketika dan kemudian bertanya bagaimana dia mengetahui istilah tapi pesakit itu  hanya mendiamkan diri,” kongsi Dr. Goh Aik menerusi akaun Facebooknya (https://www.facebook.com/aikping), baru-baru ini.

Selepas memeriksa pesakit berkenaan, doktor memberitahu pesakitnya hanya mengalami keradangan dalam perut, gastroenteris sebagai punca cirit-birit.

Pekerja Bangladesh yang mendominasi sektor pembinaan di negara ini. - Gambar hiasan.


Belum sempat menerangkan preskripsi, pesakit berkenaan bertanya ubat-ubat tertentu yang hanya diketahui oleh pakar perubatan dan mahir dalam dunia kesihatan.

“Saya tertanya-tanya siapa pesakit ini sebenar kerana mengetahui perkara-perkara kompleks dalam dunia perubatan dan sebutan juga tepat,” katanya lagi.

Dr. Aik Ping kemudian 'merisik' kebenaran pesakit yang datang bertemunya. Dia kemudian mendapati pekerja tersebut adalah seorang ahli farmasi, namun terpaksa meninggalkan kerjaya kerana ketidakstabilan politik di tanah air sendiri.  

Sebahagian pekerja Bangladesh yang mencari rezeki di Malaysia. - Gambar hiasan.


Malah, pesakit itu mengakui dia mempunyai seorang adik yang bertugas sebagai doktor. Namun terpaksa meninggalkan kerjaya yang diceburi kerana tidak selamat di negara sendiri.

Luluh hati mendengar penjelasan berkenaan, Dr. Aik Ping mengakui sedih kerana terpaksa meninggalkan tanah air sendiri dan terpaksa merantau ke negara orang semata-mata mencari rezeki.

Dalam masa sama Dr. Aik Ping melahirkan rasa beruntung kerana memiliki negara yang aman dan hidup dalam aman dan damai. - KitaReporter.com

 

6
6
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago