Pesona 16 Feb, 2020

DEMI TUGAS! TAK PULANG ZIARAH IBU MENINGGAL

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
PASTINYA kita akan bersedih jika mengetahui keluarga terdekat atau orang yang paling kita rapat ‘pergi’ meninggalkan kita. Semestinya, kita mahu berjumpa buat kali terakhir sebelum dihantar ke 'kampung abadi', walaupun jauh pasti kita mahu berjumpa sebagai penghormatan terakhir. : KitaReporters.com

TERKEDU...Wu Yang Ling menahan sedih selepas menerima berita kematian ibunya di kampung halaman Kumning, Yunnan. - Kredit foto: nextshark.com


Namun berbeza dengan seorang jururawat yang sedang bertugas menjaga pesakit yang disahkan positif COVID-19 di China.

Dia terpaksa melupakan keinginan untuk bertemu buat kali terakhhir dengan orang yang dia paling sayang semata-mata kerana terbatas dengan tugasnya. 

Baru-baru tular sebuah video menunjukkan seorang jururawat yang bertugas di Wuhan tidak dapat menahan kesedihan apabila dimaklumkan tentang kematian ibunya.

Memetik laporan nextshark.com, jururawat wanita berkenaan yang sedang bertugas di Hospital Huoshenshan, Wuhan menerima panggilan dan mendapat tahu ibunya sudah meninggal dunia di kampung halamannya di Kumning, Yunnan.

Bagaimanapun, Wu Yang Ling tidak dapat pulang bagi memberi penghormatan terakhir kerana bertugas dan dikuarantin di hospital.

WU Yang Ling menahan kesedihan selepas dimaklumkan kematian ibunya. - Kredit foto: YouTube.


Dalam video itu menunjukkan Yang Ling menangis teresak-esak selepas mengetahui berita sedih itu.

Dia kelihatan tidak dapat menahan sedih ketika menerima panggilan video daripada salah seorang ahli keluarga.

Malah, wanita tabah itu kelihatan menundukkan kepala sebagai penghormatan dari jauh selepas mengetahui berita berkenaan.

Dia juga kemudian kelihatan mundar-mandir di kawasan berkenaan mungkin sedang menerima kenyataan pemergian orang yang paling penting dalam hidupnya.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana beberapa rakan sekerja yang juga jururawat dan kumpulan perubatan yang mengelilingi diri yang kemungkinan cuba menenangkan dirinya sebelum kembali meneruskan tugasnya.

Kuatnya dia…

Jom kita saksikan video ketika dia dihubungi oleh ahli keluarga memaklumkan berita sedih.  - KitaReporter.Com

Kredit foto: mothership.sg



1
0
21
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago