Pesona 10 Dec, 2019

JANGAN HALAU KANAK-KANAK, SANTUNI MEREKA

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
BARU-BARU ini tular dalam media sosial mengenai kes seorang kanak-kanak menulis surat kepada ahli jawatankuasa surau selepas dilarang berada di saf pertama. Surat aduan kanak-kanak itu kemudian mendapat perhatian serta reaksi Mufti Wilayah Persekutuan. : KitaReporters.com

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menerima kunjungan adik Nadzrul Zafran dan keluarga di pejabatnya di Putrajaya.



Sehubungan itu, masjid dan surau di negara ini disaran mengamalkan konsep RAHMAH terutama dalam meraikan kehadiran kanak-kanak untuk bersolat secara berjemaah.

Konsep RAHMAH itu adalah sebahagian daripada dasar Rahmatan lil a'lamin (ramah, aman, harmoni, mesra, a'lamin dan hormat)ke arah mewujudkan sebuah negara Rahmah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau tidak berhak menghalang kehadiran kanak-kanak ke masjid atau surau kerana perkara itu menjadi sebahagian dari hak diri mereka yang perlu dihormati semua pihak.

Mujahid berkata, masyarakat di negara ini kebanyakannya kurang mengamalkan budaya mesra kanak-kanak sehingga menyebabkan golongan ini sering dihalau dan tidak dibenarkan bersolat dengan golongan dewasa.

Menurut beliau, sekiranya kanak-kanak itu  dapat mengawal diri dan tidak menganggu jemaah lain perkara itu  tidak menjadi kesalahan, malah kehadiran mereka juga dapat menceriakan suasana masjid.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bersama adik Nadzrul Zafran Sharul Azly.


"Saya menyarankan pihak masjid mengambil inisiatif bagi menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyantuni kanak-kanak yang datang ke masjid seperti menyediakan makanan dan aktiviti lain yang boleh menarik perhatian serta menggembirakan mereka bagi menarik perhatian mereka untuk datang ke masjid.

"Program masjid RAHMAH itu telah pun dipraktikan di Wilayah Persekutuan dan pada masa ini, sambutannya amat baik selain dapat menyantuni golongan tua dan wanita. 

"Walaupun kejadian kepada kanak-kanak Nadzrul Zarfan yang tidak dibenarkan bersolat secara berjemaah di barisan hadapan itu berlaku dua tahun lalu ketika solat sunat tarawih dan videonya baru tular dalam media sosial baru-baru ini, namun ia banyak memberi pengajaran kepada semua pihak.

"Perkara itu menjadi suatu penanda aras yang baik, di samping dapat membuka mata semua pihak  bagi menghormati hak kanak-kanak untuk hadir ke masjid selain hak-hak lain yang ada pada diri mereka.

"Perkara itu sangat baik untuk dijadikan sebagai iktibar dan kesedaran budaya mesra kanak-kanak itu juga boleh  disebarluaskan melalui penyampaian khutbah di masjid-masjid yang akan diadakan dalam jangka masa terdekat," katanya ketika menerima kunjungan bersama keluarga Nadzrul Zarfan di pejabatnya, di Putrajaya pada 9 Disember lalu.  

NADZRUl Zafran menunjukkan surat yang dihantar kepada AJK sebuah surau.


Kehadiran Nadzrul Zarfan, 10, itu turut disertai ibu bapanya, Nasira Banu Rahim Khan, 42, dan Sharul Azly Kasim, 42, serta diiringi kakaknya, Nur Azra Shahira,15, dan adiknya Nadzeef Azfar, 6.

Nadzrul Zarfan menarik perhatian netizen apabila suratnya meluahkan rasa tidak puas hati kerana dihalau untuk solat di saf pertama, tular di laman sosial sebelum mendapat reaksi daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyatakan tindakan itu adalah sesuatu  yang buruk dan tidak menepati akhlak Nabi Muhammad SAW.

Murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Brickfields, Nadzrul Zarfan menyatakan beliau tidak menyangka kejadian berlaku dua tahun lalu itu tular dalam media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Anak kedua dari tiga beradik itu berkata, tindakan beliau menulis surat kepada AJK surau itu hanya sekadar ingin mendapatkan penjelasan dan tidak berniat untuk memalukan mana-mana pihak.

Nadzrul Zafran berkata, surat itu ditulisnya sendiri, manakala kepala surat menggunakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) itu adalah milik kakaknya yang belajar di MRSM sebelum diserahkan kepada AJK surau pada keesokan harinya.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menerima kunjungan adik  Nadzrul Zafran dan keluarga di pejabatnya di Putrajaya.


Menurut beliau, luahan itu hanya sekadar ingin mendapat penjelasan dari rasa terkilan apabila tidak dilayan dengan mesra oleh pengerusi surau hanya disebabkan beliau seorang kanak-kanak.

Katanya, sepatutnya pengerusi surau atau AJK surau berkenaan lebih peka dengan kanak-kanak sepertinya yang mahu datang ke rumah Allah untuk sama-sama menunaikan solat secara berjemaah.

Beliau yang bercita-cita untuk belajar di Universiti Madinah dan menjadi seorang mufti  suatu hari nanti berkata tindakan itu juga bertujuan membela nasib kanak-kanak lain di negara ini bagi membuka mata semua pihak agar lebih sensitif dengan perkara itu khususnya yang membabitkan  kanak-kanak.

“Perkara terjadi ini mungkin sesuatu ketentuan, walaupun telah lama, namun baru sekarang mendapat perhatian bagi  membuka mata dan semua orang serta masjid agar lebih mesra kanak-kanak."

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bersalaman bersama adik Nadzrul Zafran Sharul Azly 


Nadzrul Zarfan yang petah berkata-kata dan mempunyai sifat berani itu turut kagum dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun pada usia 94 tahun, tetapi masih sihat memimpin dan membangunkan Malaysia dan telahpun menitipkan surat untuk diberikan kepada Perdana Menteri dengan harapan dapat bertemu dengan pemimpin idolanya itu.

Idola kedua disebutnya adalah Mufti Wilayah Persekutuan yang disifatnya seorang yang berilmu dan bijak menjawab permasalahan isu masyarakat dengan hikmah dan penuh fakta.

Beliau yang mendapat bimbingan ibunya seorang kakitangan institusi perbankan di Kuala Lumpur dan ayahnya seorang jurutera di syarikat swasta  juga sangat mengagumi Sultan Muhammad Al-Fateh dan sering membaca kisah pejuang Islam  hebat itu yang berjaya memimpin tenteranya membuka Kota Konstantinopel menjadi Istanbul sekarang. - KitaReporters.com

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menerima kunjungan adik Nadzrul Zafran dan keluarga di pejabatnya di Putrajaya.


1
0
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago