Pesona 16 Jan, 2020

KAKAK MATI KURANG NUTRISI KERANA SARA ADIK

@khairunnisa sulaiman
Pernah berkhidmat selama 23 tahun sebagai wartawan di majalah MASSA, Mastika, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya.

Share this
KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa tetapi kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya membawa ke liang lahat. : KitaReporters.com 

Wu Huayan, 24, hanya makan nasi berlauk cili kerana menyara adiknya yang sakit mental. - Kredit foto BBC


Inilah yang berlaku kepada seorang pelajar perempuan di China yang meninggal dunia akibat masalah kekurangan nutrisi disebabkan kemiskinan. 

Bukan sahaja miskin, tetapi pada masa yang sama si kakak terpaksa menyara adik lelaki kesayangannya yang sakit mental.  

Memetik laporan akhbar China Beijing Youth Daily, Wu Huayan berusia 24 tahun meninggal dunia di Affiliated Hospital of Guizhou Medical University di bandar Tongren, China di mana dia mendapat rawatan sejak Oktober tahun lepas.

Ketika meninggal dunia beratnya hanya 21.5 kg dan tinggi 1.35 m. 

Wu menjaga adiknya yang memerlukan rawatan kesihatan mental selepas ibu bapanya meninggal dunia sejak dia berusia empat tahun.

Adik-beradik ini tinggal di Guizhou salah satu wilayah di China. Wu adalah pelajar di Kolej Teknikal dan Vokasional Guihua Shenghua.

Bagi mengumpul wang rawatan adiknya, dia terpaksa ikat perut dengan hanya makan nasi berlauk cili hanya berharga 2 yuan (60 sen) sehari selama lima tahun.

Dia diberikan 300 yuan sebulan dari kerajaan negeri dan melakukan dua pekerjaan bagi mengumpul wang sebanyak 600 yuan sebulan.

Kebanyakkan wangnya diperolehi dibelanjakan untuk kos rawatan adiknya dan Wu tidak pernah memikirkan untuk dirinya.

Walaupun ada biasiswa semasa di universiti, Wu Huayan melakukan dua jenis pekerjaaan untuk mendapatkan duit rawatan untuk adiknya. - Kredit foto Weibo


Wu Huayan mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat dan kekurangan nutrisi sejak zaman persekolahan tetapi tidak pernah mndapatkan rawatan atas alasan tidak mahu membazir.

Keadaan dua beradik ini semakin baik apabila Wu masuk universiti dengan adanya biasiswa selain melakukan dua jenis pekerjaan, tetapi kesihatannya mula menurun sejak 2018.

Berita mengenai keadaan Wu tersebar apabila dia dihantar ke hospital dalam keadaan tenat.

Wu menderita kerosakan hati, keguguran rambut dan insomnia. 

Sebelum meninggal dunia, Wu Huayan berhasrat untuk membeli beberapa perabut baru dan hidup bahagia dengan adiknya.

Wanita ini juga bercadang menderma organ selepas kematiannya dan impiannya telah dipenuhi oleh pihak hospital. - KitaReporters.com

Kredit foto https://www.dailymail.co.uk/home/index.html

0
0
4
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago